Sabtu, 31 Disember 2011

Geran RM10,000 untuk semua 491 koperasi masjid

Menerusi konsep 1Kampung 1Koperasi, Kerajaan Terengganu menyasarkan untuk menubuhkan koperasi di semua 491 masjid di negeri itu dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Jawatankausa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato' Mohamed Awang Tera berkata, dianggarkan 100 buah masjid di negeri itu akan menubuhkan koperasi masing-masing setiap tahun.

"Setiap masjid yang menubuhkan koperasi, kerajaan akan bagi geran sebagai bantuan sebanyak RM10,000. Dengan bantuan itu koperasi berkenaan bolehlah bergerak untuk buat bayaran pengurusan, beli peralatan, pejabat dan sebagainya.

Jumaat, 30 Disember 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN CEK ELAUN JKKK DAERAH MARANG 2011



Marang 29/12/2011 - Majlis Penyampaian Watikah dan Cek Elaun JKKK Daerah Marang 2011 telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang. JKKK yang terlibat adalah DUN Rhu Rendang, DUN Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat. Bagi kawasan DUN Alor Limbat dan Bukit Payong penyerahan dibuat kepada mereka-mereka yang penyampaiannya tidak dapat disampaikan semasa majlis disempurnakan tempohari.

Khamis, 29 Disember 2011

Kelebihan Silaturrahim

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)

"Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (HR Bukhari)

"Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rabu, 28 Disember 2011

Dilarang bermusuhan sesama Islam

Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]

Selasa, 27 Disember 2011

Tim. Ketua PAS Tanah Merah keluar parti !!!!



Semalam 24hb Disember 2011 di Tanah Merah , kami terkejut dengan tiba tiba muncul seorang penyokong kuat PAS di atas pentas melakukan tindakan yang mengemparkan ..apa dia tindakan tu ??

Isnin, 26 Disember 2011

Jangan terperangkap sandiwara Anwar

Image Detail
KUALA LUMPUR 25 Dis. - Orang ramai diminta tidak terperangkap dengan sandiwara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi mahu mengheret rakyat dalam isu moralnya menerusi Kempen Bebaskan Anwar 901.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar umpama mengetahui beliau akan dijatuhkan hukuman bersalah dan mengharapkan simpati rakyat.

"Adakah kerana seorang individu, maka kita sanggup membiarkan negara menjadi kacau-bilau.

Ahad, 25 Disember 2011

Pemimpin PAS diminta buat permohonan

Image Detail

Pemimpin Pas disaran supaya mengemukakan permohonan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk mendapatkan pengiktirafan bagi mencari jalan penyelesaian masalah dua solat Jumaat berasingan dalam satu kariah yang berlaku di negeri ini sejak lebih 30 tahun lalu.

Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata, pihak terbabit boleh memohon kebenaran daripada MAIDAM supaya proses mewartakan markas dan masjid yang dijadikan pusat solat Solat Jumaat berasingan dalam satu kampung untuk diwartakan oleh kerajaan.

Sabtu, 24 Disember 2011

Kerajaan mengiktiraf peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

Image Detail
Kerajaan amat menghargai peranan dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam usaha membina penyatuan masyarakat pelbagai kaum menerusi program yang diadakan oleh badan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar berkata, KRT ketika diwujudkan pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak Husein menjadi Perdana Menteri, dan masih releven sehingga sekarang.

Jumaat, 23 Disember 2011

PAS,MELAYU, ISLAM DAN RAJA- PENGAKUAN DARI PEMIMPIN DAN ORANG PAS SENDIRI.

Image Detail

“Gembira kalau mencatat kemenangan lebih besar dan menawan Putrajaya tapi kalau dalam kemenangan itu Islam, Melayu dan Raja entah ke mana, pekikan dan kemenangan tidak ke mana” demikian pengakuan Dato’ Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor (mewakili Pas) dalam wawancara dengan sebuah stesen TV malam tadi.

Dengan pengakuan seperti ini sepatutnya sudah menginsafkan ahli-ahli dan pendokong Pas, termasuk di Terengganu sendiri atau orang-orang di Rusila, termasuk Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Khamis, 22 Disember 2011

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA PERINGKAT DAERAH MARANG



Marang 22/12/2011 - Program Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Marang 1433H/2011M telah diadakan di Dataran Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Program ini disertai oleh semua JKKK termasuk beberapa buah agensi kerajaan  Daerah Marang.

Rabu, 21 Disember 2011

JPW bantu tingkat kemahiran ibu tunggal

Image Detail
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Terengganu membelanjakan kira-kira RM270,000 dalam usaha meningkatkan kemahiran dan ekonomi golongan wanita termasuk ibu tunggal dan belia tahun ini.

Penolong Pengarah JPW negeri, Puan Rafiah Sulaiman berkata, daripada peruntukan tersebut sebanyak 38 kursus telah dianjurkan dengan pelbagai kemahiran yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,500 peserta di seluruh negeri,


Katanya, antara program yang diperkenalkan ialah `jejari bestari’ yang melatih mereka dalam bidang gubahan, dan jahitan sebagai dorongan mereka dapat mengusahakannya sendiri.

Selasa, 20 Disember 2011

RM34,000 bakal jadi rebutan di ABN


Sebanyak sembilan kategori termasuk lapan kategori individu bakal menjadi rebutan 540 pertubuhan belia berdaftar dengan 35,000 keahlian di seluruh negeri bersempena majlis Anugerah Belia Negara (ABN) peringkat negeri yang akan berlangsung di Primula Beach Resort hari ini (Selasa).

Pegawai Pembangunan Sosial Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri, Fikri Mahmud berkata, lapan kategori individu yang dipertandingan itu melibatkan Aktivis Sosial, Kepimpinan, Inovasi dan Kreativiti , Usahawan Agro dan Usahawan.


Ahad, 18 Disember 2011

Jabatan Penerangan laksana 486 program

Image Detail
Jabatan Penerangan Terengganu akan melaksanakan 486 program dan aktiviti melibatkan peringkat negeri dan daerah sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Azizah Awang berkata semua program yang dirancang itu berdasarkan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian dan jabatan.


"Semua program yang akan dijalankan itu adalah mengikut sasaran tertentu dan kesesuaian sesuatu tempat. Setakat ini, sebanyak 25 peratus daripada program itu telah dijalankan," katanya.

Sabtu, 17 Disember 2011

Contohi Terengganu: Rosmah

yayasan permata

KUALA TERENGGANU – Terengganu mampu menjadi contoh dalam pelaksanaan Program Permata Negara berikutan perhatian khusus yang diberikan negeri itu dalam pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ia bertepatan kerana sehingga kini terdapat 89 Taska Permata Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) beroperasi di Terengganu dan ia satu kejayaan boleh dibanggakan.

Jumaat, 16 Disember 2011

Terengganu jadi contoh Program Permata Negara


Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mahu negeri lain mencontohi usaha dan kejayaan Terengganu dalam pelaksanaan Program Permata Negara.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri yang memberi perhatian khusus kepada program pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Khamis, 15 Disember 2011

AWAS - Borang BR1M Palsu Sedang Diedarkan Oleh Agen Pakatan PAS, DAP, PKR Kepada Rakyat Malaysia


Jika tidak Fitnah maka tidak sahlah sebagai Pakatan Pembangkang. Apa sahaja pekara baik yang dilakukan kerajaan BN mesti disulami dengan Fitnah dan rekayasa jahat agen agen pembangkang PAS, DAP dan PKR.

Rabu, 14 Disember 2011

ANUGERAH DESA CEMERLANG 2011 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Medan Jaya 13/12/2011 - Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang 2011 Peringkat Negeri, Negeri Terengganu berlangsung di Dewan Serbaguna, Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu. Bagi peringkat daerah Marang, Kg. Medan Jaya telah terpilih ataupun menjadi Johan yang telah diadakan pada 20/10/2011 yang lalu.

Selasa, 13 Disember 2011

Terengganu muncul juara pertandingan lalulintas Peringkat Kebangsaan.

Kontijen Negeri Terengganu muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Pendidikan Lalulintas Sekolah-sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Kontijen, Penolong Setiausaha Kerajaan (Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri) Encik Nasran Abd. Halim berkata, kontijen negeri diumum sebagai juara bersama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Isnin, 12 Disember 2011

Kerajaan tidak lari dari tanggung jawab




Image Detail

Kerajaan tidak pernah melarikan diri dari menunaikan tanggung jawab untuk memberi kebajikan kepada rakyat di samping menjadikan negeri ini sebuah negeri anjung ilmu biarpun dikritik dan dilemparkan pelbagai tuduhan pihak pembangkang.

Semua itu tidak menjejaskan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Sidang Dewan Undangan Negeri.

Ahad, 11 Disember 2011

Tambahan dana RM1 juta untuk penjawat awam beli kenderaan

Image Detail
Kerajaan negeri akan menambah dana RM1 juta lagi bagi Akaun Amanah Pinjaman Kenderaan menjadikan jumlahnya RM16 juta bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam negeri ini mendapat pembiayaan kenderaan tanpa faedah.

Sabtu, 10 Disember 2011

Pendapatan kasar isi rumah untuk mohon BR1M diperjelas

Image Detail

Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan pendapatan kasar isi rumah bagi permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah.

Kementerian itu sebelum ini turut menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon pemberian BR1M RM500 merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

Dun Rhu Rendang 09/12/2011 - Mesyuarat khas perlaksanaan pemberian bantuan tunai RM500 bagi meringankan beban kos hidup rakyat telah diadakan di Pejabat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, pada 09/12/2011 mulai jam 2100.  Mesyuarat telah dipengerusikan sendiri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir En. Anuar Yahya (Tim. PP DUN), En. Ibrahim (Penghulu Mukim) dan semua Pengerusi / Setiausaha JKKK kawasan DUN Rhu Rendang.

Jumaat, 9 Disember 2011

Kerajaan lahir pelapis berilmu

Image Detail
Pihak pembangkang tidak perlu risau dengan program yang dilaksanakan kerajaan untuk para guru, pelajar dan ibu bapa yang bertujuan memberi kebaikan serta melahirkan generasi pelapis yang berilmu dan beriman pada masa depan.

“Kursus Lestari Guru-guru Terengganu telah berlangsung empat siri dan membabitkan 1,200 orang guru seluruh negeri,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman.


Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri pada hari terakhir petang ini.

Khamis, 8 Disember 2011

Sikap wakil rakyat Pas uzur tidak sanggup berundur diselar

Image Detail

Sikap segelintir wakil rakyat pembangkang yang masih ghairah menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang walaupun dalam keadaan uzur dan bertongkat, ditempelak pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Dato’ Haji Rosol Wahid (BN-Ajil), berkata keadaan ini berbeza dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedia memberi laluan kepada muka baru walaupun masih mampu berkhidmat kepada rakyat.

Rabu, 7 Disember 2011

46,000 pemilih di Terengganu belum daftar

Image Detail
Terengganu merupakan negeri yang mempunyai paling sedikit bilangan pemilih yang belum daftar berbanding negeri lain setakat ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya tujuh peratus atau 46,000 daripada keseluruhan 649,683 pemilih di negeri ini masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Daripada statistik yang dikeluarkan SPR sebelum ini, kita dapati kira-kira 3.7 juta pemilih masih belum berdaftar di seluruh negara dan Terengganu adalah yang paling sedikit.

Selasa, 6 Disember 2011

Peranan media mampu menangkis tohmahan negatif


Pengamal media di Terengganu di minta melaksanakan tugas secara telus dalam menyampaikan maklumat kerajaan supaya masyarakat dapat mengetahui dan menerimanya secara positif.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat, berkata peranan orang media atau pemberita cukup penting kerana apa yang ditulis itu bukan saja dapat disebarkan kepada umum malah mampu menangkis tomahan negatif daripada pihak tidak bertanggungjawab.


“Masyarakat mudah menerima apa disampaikan melalui akhbar berbanding mendengar ceramah politik atau kenyataan daripada pihak tertentu,” katanya ketika berucap di Majlis Malam Mesra Media 2011 di Motel Desa, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, malam tadi.

Ahad, 4 Disember 2011

MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

Image Detail
PAS telah mempersendakan hudud Allah
Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Sabtu, 3 Disember 2011

Lokasi menarik, ikon pelancongan

Image Detail
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara.

Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo; Muzium Negeri; Pulau Redang; Bazar Warisan; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang dan Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun.

Jumaat, 2 Disember 2011

Nelayan Terengganu Diminta Patuhi Syarat Tangkap Udang Musim Tengkujuh



KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Nelayan yang diberikan permit sementara oleh Jabatan Perikanan Terengganu untuk menangkap udang pada musim tengkujuh diingatkan supaya tidak menunda pukat melebihi dua batu nautika dari pantai.

Pengarah Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata jika mereka tidak mematuhi syarat itu mereka boleh ditangkap oleh pihak berkuasa.

Mengikut permit itu, bot-bot berkenaan boleh beroperasi dari 1 November hingga 31 Mac dan masa operasi mulai pukul 6 pagi hingga 6 petang, katanya ketika diminta mengulas mengenai penangkapan udang pada musim tengkujuh di negeri ini.

Selasa, 29 November 2011

Najib berada di landasan untuk capai Wawasan 2020 - Dr. Mahathir

Image Detail

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Isnin, 28 November 2011

MB ajak umat Islam memiliki sikap mulia


Menteri Besar mengajak umat Islam di negeri ini menghentikan perangai buruk seperti gemar menabur fitnah, mendengar hasutan dan mengamalkan sikap berpuak-puak kepada amalan mulia sempena sambutan Maal Hijrah ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sudah tiba masanya mereka membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan amalan baik sesuai dengan tuntutan ajaran Islam.

Ahad, 27 November 2011

Umat Islam Harus Berani Lakukan Penghijrahan Dan Transformasi

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata umat Islam harus berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara bagi memastikan bangsa tidak ketinggalan.
Perdana Menteri berkata penghijrahan dengan melaksanakan agenda transformasi negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh, meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.
“Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global yang semakin mencabar,” katanya dalam perutusan Maal Hijrah 1433H yang akan disambut esok, di sini, hari ini.

Sabtu, 26 November 2011

SIMULASI PILIHANRAYA DUN RHU RENDANG BERJALAN LANCAR - SYABAS



Keadaan cuaca yang kembali cerah memberi peluang ramai pengundi keluar membuang undi sempena Simulasi Pilihan Raya yang diadakan serentak di seluruh negeri hari ini.

Simulasi berkenaan bertujuan menguji kemahiran pengundi kawasan ini mendapat sambutan walaupun di beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir sejak lima hari lalu.

Jumaat, 25 November 2011

Belia Terengganu bakal serta kembara

Lebih 100 belia yang meminati sukan berbasikal di negeri ini akan menyertai program Kembara Maal Hijrah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Jheat) di sekitar Kuala Terengganu, pada 26 November ini (Sabtu).

Program pelepasan akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat di perkarangan Komplek Seri Iman, Kuala Terengganu kira-kira jam 3.30 petang.

Khamis, 24 November 2011

BETULKAN PERSEPSI TERHADAP UMNO SATU CABARAN BESAR

Image Detail
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata antara cabaran besar yang dihadapi oleh pemimpin dan anggota Umno ialah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sambil bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa banyak usaha yang perlu dilakukan oleh parti itu untuk mendapatkan sokongan rakyat, Muhyuiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata cabaran yang dihadapi oleh parti pada masa ini bukan mudah.

Rabu, 23 November 2011

PTT tawar program cuti sekolah

Pusat Tutorial Terengganu (PTT) menawarkan program cuti sekolah bagi pelajar lepasan PMR mendalami bahasa Inggeris dan SPM bagi persediaan memasuki Pusat Pengajian Tinggi (IPT) serta kursus yang sesuai untuk pelajar IPT.

PTT turut menawarkan kelas esei bahasa Malaysia, ulangkaji pelajar tingkatan empat, kelas insentif bahasa Arab dan kelas pemulihan membaca dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk pelajar pra-sekolah.


Selasa, 22 November 2011

Umno Terengganu sudah bersedia hadapi PRU Ke-13

Image Detail

UMNO Terengganu sedang bergerak dalam satu pasukan untuk berhadapan dengan pihak musuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diumumkan bila-bila masa.

Ketua Penerangan Umno Terengganu, YB Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang membuat persiapan ke arah pilihan raya dengan pergerakan melalui satu pasukan yang dianggap sebagai ‘aliran yang lebih lancar’.

Isnin, 21 November 2011

Upin dan Ipin Beri Kejutan buat Monsoon Cup.


PULAU DUYONG -  Dalam masa beberapa hari lagi, Kuala Terengganu akan dipenuhi dengan beribu-ribu pelawat Piala Monsun untuk menyaksikan acara pelayaran tahunan tersebut, sekaligus mengambil bahagian dalam pelbagai acara sampingan yang dianjurkan di seluruh bandar.

Sementara Piala Monsun berlangsung di Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa, Kuala Terengganu dari 22 hingga 27 November 2011, acara-acara sampingan pula diadakan di sekitar Pulau Duyong untuk menarik orang ramai dan menambah suasana karnival pada acara penutup musim Siri Jelajah Dunia Match Racing 2011.

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini pada pukul 11:54PM, 20 November 2011.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan bermula pada Isnin, 21 November 2011 sehingga Selasa, 29 November 2011.

Ahad, 20 November 2011

Borang Bantuan Khas Diedar LHDN Mulai 1 Dis Secara Percuma

Image Detail
Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Dis ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

Tuanku Mizan berkenan rasmi Jambori


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu di Kem Pengangkap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Terengganu, petang semalam (18 November).

Sabtu, 19 November 2011

PROGRAM KEM KESIHATAN REMAJA DAN MAJLIS BERKHATAN DUN RHU RENDANG


Marang 19/11/2011 - Klinik Kesihatan Marang telah menganjurkan Kem Kesihatan Remaja dan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Klinik Kesihatan Marang pada hari ini bermula jam 8.30 pagi.  Sejak awal pagi lagi ibu/bapa telah mula membanjiri Klinik Kesihatan Marang untuk membuat pendaftaran anak-anak mereka. Sehingga jam 11.00 pagi, seramai 77 orang kanak-kanak telah mendaftar dan dikenakan bayaran hanya RM60. Empat orang Doktor telah ditugaskan untuk menjayakan program yang telah diatur.


Jumaat, 18 November 2011

Besut muncul daerah terbaik dalam UPSR



Daerah Besut muncul daerah terbaik bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan hari ini apabila mencatat kelulusan semua A sebanyak 23.9 peratus.

Daerah berkenaan mencatatkan keputusan lebih baik berbanding Putrajaya yang mencatat keputusan semua A sebanyak 20 peratus.

Sejumlah 3,515 calon dari sekolah rendah daerah Besut menduduki peperiksaan itu tahun ini di 50 pusat peperiksaan.

Khamis, 17 November 2011

Terengganu kekal juara 11 tahun berturut-turut UPSR


TAHNIAH !!!! Terengganu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), apabila sekali lagi mencatat keputusan terbaik UPSR tahun 2011, yang diumumkan hari ini.

Daripada keseluruhan 23,250 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini, 15.6 peratus mendapat keputusan semua A, iaitu meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun lalu (15.4 peratus).


PENYERAHAN BANTUAN KHAS RM100 KEPADA PELAJAR SEK. MEN. KEB. RUSILA


RUSILA 16/11/2011 - Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila, Marang, Terengganu telah diadakan pada 16/11/2011 mulai jam 12.00 t/hari yang telah dirasmikan oleh YB Senator Abdul Rahman Bakar dan turut dihadiri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Rabu, 16 November 2011

Terengganu agih bantuan pakaian sekolah


Kerajaan negeri akan mengagihkan wang tunai RM100 seorang bagi bantuan pakaian sekolah kepada 119,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di Terengganu, seminggu sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jumlah itu membabitkan peruntukan RM12 juta di mana ibu bapa mereka berpendapatan RM1,500 ke bawah, layak menerima sumbangan tersebut.

Selasa, 15 November 2011

BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 - 6 SEK. KEB. RUSILA, MARANG

Marang 15/11/2011 - Pengagihan Bantuan Kerajaan berupa wang tunai berjumlah RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan dan Menengah dari tahun 1 hingga tahun 6, telahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi Sekolah Kebangsaan Rusila, pengagihan bermula pada hari ini mulai jam 11.30 pagi yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

RM31 juta tingkat kebersihan dan keceriaan


Kerajaan negeri memperuntukkan RM31 juta bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan membabitkan pelbagai program kebersihan dan keindahan seluruh negeri tahun ini.


Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda berkata, perbelanjaan membabitkan kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), pengindahan landskap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta bantuan pengurusan kebersihan bandar.

Isnin, 14 November 2011

Aktiviti berbasikal atasi masalah sosial


Kerajaan negeri yakin aktiviti berbasikal yang di sertai ribuan remaja di negeri ini menjadi formula paling berkesan bagi menangani gejala lumba haram dan mat rempit di Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pada masa yang sama, kegiatan itu dapat membantu melahirkan generasi sihat selain mengalih perhatian mereka daripada terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...