Sabtu, 19 November 2011

PROGRAM KEM KESIHATAN REMAJA DAN MAJLIS BERKHATAN DUN RHU RENDANG


Marang 19/11/2011 - Klinik Kesihatan Marang telah menganjurkan Kem Kesihatan Remaja dan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di Klinik Kesihatan Marang pada hari ini bermula jam 8.30 pagi.  Sejak awal pagi lagi ibu/bapa telah mula membanjiri Klinik Kesihatan Marang untuk membuat pendaftaran anak-anak mereka. Sehingga jam 11.00 pagi, seramai 77 orang kanak-kanak telah mendaftar dan dikenakan bayaran hanya RM60. Empat orang Doktor telah ditugaskan untuk menjayakan program yang telah diatur.


Jumaat, 18 November 2011

Besut muncul daerah terbaik dalam UPSR



Daerah Besut muncul daerah terbaik bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan hari ini apabila mencatat kelulusan semua A sebanyak 23.9 peratus.

Daerah berkenaan mencatatkan keputusan lebih baik berbanding Putrajaya yang mencatat keputusan semua A sebanyak 20 peratus.

Sejumlah 3,515 calon dari sekolah rendah daerah Besut menduduki peperiksaan itu tahun ini di 50 pusat peperiksaan.

Khamis, 17 November 2011

Terengganu kekal juara 11 tahun berturut-turut UPSR


TAHNIAH !!!! Terengganu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), apabila sekali lagi mencatat keputusan terbaik UPSR tahun 2011, yang diumumkan hari ini.

Daripada keseluruhan 23,250 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini, 15.6 peratus mendapat keputusan semua A, iaitu meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun lalu (15.4 peratus).


PENYERAHAN BANTUAN KHAS RM100 KEPADA PELAJAR SEK. MEN. KEB. RUSILA


RUSILA 16/11/2011 - Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila, Marang, Terengganu telah diadakan pada 16/11/2011 mulai jam 12.00 t/hari yang telah dirasmikan oleh YB Senator Abdul Rahman Bakar dan turut dihadiri Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Rabu, 16 November 2011

Terengganu agih bantuan pakaian sekolah


Kerajaan negeri akan mengagihkan wang tunai RM100 seorang bagi bantuan pakaian sekolah kepada 119,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di Terengganu, seminggu sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jumlah itu membabitkan peruntukan RM12 juta di mana ibu bapa mereka berpendapatan RM1,500 ke bawah, layak menerima sumbangan tersebut.

Selasa, 15 November 2011

BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR-PELAJAR TAHUN 1 - 6 SEK. KEB. RUSILA, MARANG

Marang 15/11/2011 - Pengagihan Bantuan Kerajaan berupa wang tunai berjumlah RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah Kebangsaan dan Menengah dari tahun 1 hingga tahun 6, telahpun bermula sejak beberapa hari yang lalu. Bagi Sekolah Kebangsaan Rusila, pengagihan bermula pada hari ini mulai jam 11.30 pagi yang disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

RM31 juta tingkat kebersihan dan keceriaan


Kerajaan negeri memperuntukkan RM31 juta bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan membabitkan pelbagai program kebersihan dan keindahan seluruh negeri tahun ini.


Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda berkata, perbelanjaan membabitkan kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), pengindahan landskap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta bantuan pengurusan kebersihan bandar.

Isnin, 14 November 2011

Aktiviti berbasikal atasi masalah sosial


Kerajaan negeri yakin aktiviti berbasikal yang di sertai ribuan remaja di negeri ini menjadi formula paling berkesan bagi menangani gejala lumba haram dan mat rempit di Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pada masa yang sama, kegiatan itu dapat membantu melahirkan generasi sihat selain mengalih perhatian mereka daripada terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah.

Ahad, 13 November 2011

Jawatan tidak jamin jadi calon


UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengambil risiko dengan terus mengetengahkan calon yang bermasalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kriteria utama pemilihan calon tidak lagi bergantung kepada jawatan dalam politik sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun Pusat.

"Sebaliknya, ia dilihat dari segi kemenangan yang akan dicapai untuk menterjemahkan apa yang Perdana Menteri mahukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...