Sabtu, 2 Julai 2011

Tidak serik kena penjara kerana penagihan dadah - ibu/bapa abaikan tanggungjawab

View Image

Pengalaman bermalam di lokap polis belum cukup memberi pe-ngajaran kepada dua remaja belasan tahun apabila kembali menjadi penghuni tirai besi itu setelah ditangkap pihak berkuasa kali kedua kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Menurut salah seorang suspek, titik hitam dalam hidupnya bermula apabila dia yang berasal dari Bijangga disingkirkan dari persekolahan beriku--tan masalah disiplin menyebabkan dia mencari keseronokan untuk melepaskan tekanan. 

Jumaat, 1 Julai 2011

Masyarakat perlu terima fatwa


Masyarakat Islam di negeri ini diminta menerima baik setiap fatwa yang dikeluarkan Majlis Jawatankuasa Fatwa Malaysia Kebangsaan (JKF) berhubung sesuatu hukum Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan mereka seharian.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata beliau cukup kesal dengan tindakan segelintir individu yang menghentam fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa kerana ia bukannya lahir daripada akal fikiran dan undang-undang, sebaliknya mengikut kata sepakat dan pandangan mufti seluruh negara.

Khamis, 30 Jun 2011

Guru dan pelajar wajar diberi peluang aktif sukan


Pentadbir sekolah diminta memberi galakan dan peluang kepada guru serta pelajar mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang sukan bagi mengelak ketandusan atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata umpamanya menggalakkan mereka yang berkaitan menyertai pelbagai aktiviti dan kejohanan sukan di peringkat sukan mahupun negeri.

Rabu, 29 Jun 2011

PPPD RHU RENDANG MENGERJAKAN UMRAH DITANAH SUCI


Marang 29/06/2011 - Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama isteri akan mengerjakan UMRAH di Tanah Suci Mekah.  Beliau akan berlepas daripada kediaman pada jam 8.00 pagi dan dijangka berlepas dengan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 10.00 pagi.

Isnin, 27 Jun 2011

ISA Boleh Digunakan Terhadap Penganjur Perhimpunan Haram 9 Julai

View Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

Ahad, 26 Jun 2011

Keropok Lekor Terpanjang Dicipta Pada Karnival Bank Rakyat Di Kuala Terengganu

View Image

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Karnival Bank Rakyat Cintai Alam di Dataran Shahbandar di sini pada Sabtu mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi pembuatan keropok lekor sepanjang 479.4 meter.

Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata pembuatan keropok lekor terpanjang itu adalah antara keunikan penganjuran kali ketiga karnival berkenaan di sini, selepas Melaka dan Kedah pada April dan bulan lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...