Sabtu, 14 April 2012

HASAD DENGKI DAN KEPENTINGAN PERIBADI PUNCA PARTI PEMBANGKANG MENOLAK BN ???


Image Detail
Kini sudah empat tahun Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menerajui pentadbiran Negeri Terengganu yang berpaksikan slogan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”, menabur bakti kepada seluruh rakyat, tanpa mengira fahaman politik.

Dalam setiap pemberian dan program kerajaan, semua penduduk yang layak, menerima imbuhan tersebut, tidak kira mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional atau pun parti pembangkang.


Rabu, 11 April 2012

Guru perlu lalui penilaian integriti secara berkala - ramai terlibat dengan Parti Pembangkang ????


Image Detail
KUALA LUMPUR 10 April - Kementerian Pelajaran mempertimbangkan kemungkinan setiap guru selepas ini perlu melalui penilaian integriti secara berkala dari semasa ke semasa bagi membolehkan sebarang penambahbaikkan dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi bayangan itu berkata, ia perlu bagi membolehkan aspek kefahaman serta kesedaran mengenai integriti dapat disebar luas kepada warga pendidik.

Selasa, 10 April 2012

MB turun padang beri maklumat sahih

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang menemui rakyat di segenap tempat termasuk mengadakan majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri bagi menyampaikan sendiri maklumat yang sahih berkaitan dasar, rancangan dan pelaksanaan kerajaan negeri selama ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...