Sabtu, 3 Disember 2011

Lokasi menarik, ikon pelancongan

Image Detail
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara.

Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo; Muzium Negeri; Pulau Redang; Bazar Warisan; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang dan Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun.

Jumaat, 2 Disember 2011

Nelayan Terengganu Diminta Patuhi Syarat Tangkap Udang Musim Tengkujuh



KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Nelayan yang diberikan permit sementara oleh Jabatan Perikanan Terengganu untuk menangkap udang pada musim tengkujuh diingatkan supaya tidak menunda pukat melebihi dua batu nautika dari pantai.

Pengarah Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata jika mereka tidak mematuhi syarat itu mereka boleh ditangkap oleh pihak berkuasa.

Mengikut permit itu, bot-bot berkenaan boleh beroperasi dari 1 November hingga 31 Mac dan masa operasi mulai pukul 6 pagi hingga 6 petang, katanya ketika diminta mengulas mengenai penangkapan udang pada musim tengkujuh di negeri ini.

Selasa, 29 November 2011

Najib berada di landasan untuk capai Wawasan 2020 - Dr. Mahathir

Image Detail

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Isnin, 28 November 2011

MB ajak umat Islam memiliki sikap mulia


Menteri Besar mengajak umat Islam di negeri ini menghentikan perangai buruk seperti gemar menabur fitnah, mendengar hasutan dan mengamalkan sikap berpuak-puak kepada amalan mulia sempena sambutan Maal Hijrah ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sudah tiba masanya mereka membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan amalan baik sesuai dengan tuntutan ajaran Islam.

Ahad, 27 November 2011

Umat Islam Harus Berani Lakukan Penghijrahan Dan Transformasi

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata umat Islam harus berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara bagi memastikan bangsa tidak ketinggalan.
Perdana Menteri berkata penghijrahan dengan melaksanakan agenda transformasi negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh, meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.
“Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global yang semakin mencabar,” katanya dalam perutusan Maal Hijrah 1433H yang akan disambut esok, di sini, hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...