Sabtu, 8 Oktober 2011

Pemimpin masyarakat perlu giat kenal pasti golongan miskin



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mahu pemimpin masyarakat meningkatkan peranan dalam mengenal pasti golongan miskin di kawasan mereka.

Beliau berkata, ini kerana golongan miskin khususnya di kawasan bandar, sukar dikenal pasti menyebabkan mereka sering terpinggir daripada bantuan terutama yang disalur menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Khamis, 6 Oktober 2011

OPERASI SEPADU SRS, AADK, RELA DAN PDRM MEMBAWA BERKAT

Bilik Kawalan SRS Zon A Kg. Medan Jaya, Rusila

Medan Jaya 05/10/2011 - Persepakatan melaksanakan tugas demi keselamatan, kesejahteraan kampong membawa berkat. Itulah yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu, bersama-sama Polis, AADK dan RELA Daerah Marang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab walaupun dalam keadaan hujan disepanjang penugasan yang dilaksanakan.

Rabu, 5 Oktober 2011

Bertaubatlah Anwar, Umur Dah Masuk Zon Maut -- Zulkifli




PKR adalah parti kepunyaan Anwar Ibrahim. Pendekatannya ada dua sahaja satu pembohong dan satu lagi pembelit.  Anwar umur dah masuk zon bahaya diharap cepat-cepatlah berundur dan bertaubat. Dalam kepalanya yang ada cuma Putrajaya kerana jika meraka berjaya mengambil-alih Putrajaya semua kes Liwat dan video seks akan di humban dalam bakul sampah sahaja.  Silap haribulan bukan Putrajaya tetapi Penjara Sungai Buloh.

Adakah pemimpin jenis ini yang kita hendak angkat jadi Perdana Menteri?

Selasa, 4 Oktober 2011

Mansuh ISA Tahun Depan Kerana Kerajaan Mahu Akta Baru Tepati Kehendak Rakyat


KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pembentangan cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilakukan pada Mac depan kerana kerajaan mahu dua undang-undang baru mengenai keselamatan negara menepati kehendak rakyat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan akan memastikan undang-undang tersebut mempunyai peruntukan yang seimbang antara keperluan keselamatan dan perpaduan rakyat, serta semua rakyat dilindungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...