Khamis, 6 Oktober 2011

OPERASI SEPADU SRS, AADK, RELA DAN PDRM MEMBAWA BERKAT

Bilik Kawalan SRS Zon A Kg. Medan Jaya, Rusila

Medan Jaya 05/10/2011 - Persepakatan melaksanakan tugas demi keselamatan, kesejahteraan kampong membawa berkat. Itulah yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Skim Rondaan Sukarela Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu, bersama-sama Polis, AADK dan RELA Daerah Marang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab walaupun dalam keadaan hujan disepanjang penugasan yang dilaksanakan.

Operasi sepadu dijalankan pada hari ini 05/10/2011 mulai jam 9.00 malam dikedua-dua lokasi di Kampong Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu. Seramai 8 orang anggota RELA yang diketuai oleh Mejar Mat Isar, 22 orang anggota AADK Daerah Marang diketuai oleh Wan Zulkifli Wan Ahmad, 2 anggota Balai Polis Marang dan Pengerusi SRS Kg. Medan Jaya Tengku Hamzah dengan keanggotaan SRS seramai 20 orang telah melibatkan diri didalam operasi tersebut.

Bilik Kawalan SRS Zon B Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang
Operasi sepadu seumpama ini telahpun diadakan sebelum ini, yang mana membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan kepada penduduk setempat, terutamanya dengan pengurangan kadar jenayah seperti kes kecurian m/sikal dan kes pecah rumah.

Dari kiri En. Wan Zulkifli (AADK), En. Hamzah Omar dan Mejar Mat Isar (RELA)

Anggota AADK menyiapkan botol-botol untuk ujian air kencing
Pengerusi SRS Tengku Hamzah ketika ditemui menyatakan bahawa usaha seumpama ini akan diteruskan dari masa kesemasa yang mungkin kekerapannya dipercepatkan, demi menjaga keselamatan dan keharmonian Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang.





Sokongan berterusan juga telah diperakui oleh kedua-dua agensi terlibat iaitu AADK dan RELA Daerah Marang untuk membantu usaha sedemikian, demi merapatkan lagi hubungan silaturrahim dengan masyarakat serta demi keamanan, kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...