Khamis, 19 Mei 2011

SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) KG. MEDAN JAYA, RUSILA, MARANG


Pada 01 MEI 2011 Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu menempah sejarah dengan tertubuhnya SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS).  Penubuhan SRS tersebut telah dirancang dengan begitu teliti oleh Ahli Jawatankuasa kampong tersebut yang diketuai oleh YM Tengku Sulaiman bin Tengku Abd. Halim.  Seramai 195 orang penduduk kampong telah mendaftar untuk menjadi ahli SRS demi menjaga keamanan, keselamatan dan sebagainya.


Objektif penubuhan SRS adalah membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial, Membantu menguatkuasakan undang-undang, Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda, Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat dan Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.




Namun begitu demi kesejahteraan kampong halaman, petugas-petugas begitu bertenaga dan sentiasa ceria dalam menjalankan tugas sukarela yang telah diamanahkan, walaupun hanya menumpang di pondok usang yang terdapat di dua tempat berasingan iaitu di Kg. Medan Jaya dan Kg. Medan Jaya 1.  Dua orang anggota SRS wanita juga turut menyumbang tenaga bersama menjalankan tugas.


Blogger sempat merakamkan saat-saat anggota SRS menjalankan tugas dikedua-dua pusat kawalan di Kampong Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu dengan dibantu oleh anggota polis dari IPD Marang.



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...