Sabtu, 5 November 2011

Dakwaan penyelewengan : PBSNT diarah buat laporan lengkap

Image Detail
Kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat satu laporan lengkap berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam persatuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat berkata, pihaknya bersedia menunggu laporan itu dan akan menilai berhubung dakwaan itu.

Jumaat, 4 November 2011

Cuaca Tidak Menentu Sepanjang Aidiladha

Image Detail
Cuaca tidak menentu diramalkan di kebanyakan negeri sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini dengan cuaca baik di kebanyakan negeri pada sebelah pagi manakala hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan cuaca yang tidak menentu itu adalah ekoran monsun peralihan yang biasanya dikaitkan dengan hujan atau ribut petir pada sebelah petang.

BN bersedia bila-bila masa sahaja

Image Detail

Maklum balas yang diterima daripada segenap lapisan rakyat di negeri ini meyakinkan Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan terus kekal memerintah negeri ini selepas Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pengerusinya, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, persiapan rapi telah dibuat dan bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk mengerakkan jentera bila tarikh itu tiba.


Khamis, 3 November 2011

YPKT tambah RM8 juta untuk PJD

Image Detail
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dijangka menambah jumlah peruntukan Program Jaya Diri (PJD) kepada RM8 juta pada tahun depan bagi membolehkan lebih ramai keluarga berpendapatan rendah memperoleh manfaat.


Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, pertambahan sekali ganda itu akan membolehkan 1,500 peserta dilibatkan dalam pelbagai kegiatan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.


Rabu, 2 November 2011

JAIS buru Bob Lokman

SHAH ALAM - Bekas pengacara, penulis lirik dan pelakon, Bob Lokman (gambar) akan ditahan sekiranya dia berada di Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.
Menurut Marzuki, waran tangkap untuk menahan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, sudah dikeluarkan Jumaat lalu selepas dia gagal hadir memberi keterangan di pejabat JAIS baru-baru ini.

Timbang kuota 20 peratus untuk golongan muda

Image Detail

KERAJAAN Terengganu diharap dapat mempertimbangkan pemberian kuota 20 peratus kepada golongan muda untuk membeli rumah di bawah program Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mencadangkan demikian berkata, perkara itu perlu sebagai satu inisiatif kerajaan negeri kepada golongan berkenaan di negeri ini yang rata-rata masih tidak mempunyai rumah sendiri.

Menurut beliau, kajian pihaknya mendapati ketiadaan kuota berkenaan akan menyulitkan mereka mempunyai rumah kerana terikat dengan pertimbangan lain semasa proses permohonan dikemukakan.

Selasa, 1 November 2011

PROGRAM MAYA TAMAN MEDAN JAYA


Medan Jaya 31/10/2011 - Keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu keatas rakyatnya, Program Maya telahpun diadakan di Dewan Serbaguna Taman Medan Jaya, Marang, Terengganu, dimana telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Isnin, 31 Oktober 2011

Masjid dan surau terbaik negeri dicari

Image Detail

Terdapat 21 buah masjid dan surau seluruh negeri layak menyertai ‘Pemilihan Masjid dan Surau Terbaik’ anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tahun ini.

Penolong Pesuruhjaya (Qaryah) Bahagian Pengurusan Masjid JHEAT, Encik Mohd Rusydi Mansor berkata, setiap daerah mencalonkan dua masjid iaitu kategori masjid kerajaan dan masjid mukim serta sebuah surau untuk diadili di peringkat negeri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...