Sabtu, 4 Jun 2011

RAMAI KAKITANGAN AWAM SOKONG PEMBANGKANG???

Gambar hiasan saja
Sebagai kakitangan kerajaan, aku mempunyai ramai kawan di kalangan penjawat awam. Semuanya memiliki pendirian politik masing-masing. Adalah tidak mengejutkan jika aku katakan bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak begitu berminat dengan BN. Mereka lebih cenderung untuk berpihak kepada pembangkang.

Amat mudah untuk mengetahui kecenderungan politik rakan-rakanku itu. Apabila diajak berbicara mengenai sesuatu isu, mereka kebiasaannya mudah melenting menyalahkan kerajaan jika isu tersebut dianggap salah di mata mereka. Tidak perlu ambil contoh jauh. Cukup saja berbual tentang bonus kakitangan awam. Rata-rata mereka akan memaki-hamun kerajaan jika kerajaan tidak memberi bonus dengan menuduh kerajaan itu dan ini.

Jumaat, 3 Jun 2011

Nelayan Laut Dalam Tidak Lagi Dibekalkan Minyak Pada Harga Subsidi RM1.25


KUALA TERENGGANU, 2 Jun (bernama) -- Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan hari Khamis.

Khamis, 2 Jun 2011

Nelayan Pantai Diberi Lesen Sampan Secara Automatik - Noh Omar


KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Bernama) -- Semua nelayan dan awak-awak yang mendapat elaun sara hidup RM200 sebulan, akan diberi lesen sampan secara automatik mulai esok, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata lesen akan dikeluarkan kepada pemilik sampan dan kad nelayan kerana kerajaan berhasrat menolong awak-awak yang ingin menjadi nelayan.

MB lulus peruntukan RM3 juta untuk prasarana Marang


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi membiayai pelbagai projek menaiktaraf kemudahan jalan raya dan sistem perparitan di seluruh daerah Marang, tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata daripada jumlah tersebut masing-masing RM200,000 akan diagihkan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan Bukit Payong.

Selasa, 31 Mei 2011

Nik Aziz Sahkan Ketakutan DAP. Parti Komunis Malaya Berulang Lagi.

View Image

1- Penganalisis politik , Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berpendapat bahawa, rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang mencerminkan rasa tidak percaya serta kurang yakin dengan kemampuan Pas serta sekutunya dalam pakatan pembangkang.

“DAP terpaksa mencari alternatif lain sebagai strategi untuk memastikan orang Melayu menyokong parti tersebut memandangkan peranan Pas dalam pakatan tidak banyak membantu ketika ini”

"DAP dan Pas tidak pernah mempunyai persefahaman, malah keduanya selalu bergaduh mengenai pelbagai perkara. Walaupun sering menafikan tetapi rakyat bukannya bodoh untuk menilai lakonan tersebut”

"Kedua-duanya juga mempunyai ideologi yang bertentangan sehingga menyebabkan wujudnya perasaan prejudis dan prasangka buruk antara satu sama lain”

''Jadi bagaimana mereka mahu melaksanakan usaha bersama sekiranya saling mencurigai,"  Sumber Utusan Malaysia.

Isnin, 30 Mei 2011

Syarikat Air Terengganu Rugi RM18 Juta Setahun Akibat Paip Bocor

HULU TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) -- Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mengalami kerugian kira-kira RM18 juta setahun akibat kehilangan air disebabkan paip bocor dan pecah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Zaabar Mohd Adib berkata masalah paip pecah atau paip bocor itu antara lain disebabkan oleh usia paip yang terlalu lama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...