Sabtu, 16 Julai 2011

Dari Reformasi Ke Revolusi, Anwar Cuba ‘Mentalibankan’ Malaysia – Ahmad Atory

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak kebelakangan ini mengajak rakyat melakukan revolusi setelah reformasi yang sebelum ini dilaungkan gagal diterjemah adalah salah satu cubaannya untuk membawa Malaysia ke arah kehancuran dan ‘mentalibankan’ rakyat khususnya orang Melayu.
Pengalisis politik tempatan, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussein menyifatkan Anwar adalah seorang pembohong yang penuh dengan kepura-puraan dan sanggup menjerumuskan bangsa dan negaranya sendiri ke lembah kebinasaan.

Jumaat, 15 Julai 2011

DAP CUBA MENGUASAI PAS KEDAH !!!

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat wajar membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 — peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

Khamis, 14 Julai 2011

Mengejutkan - 93 Taska di Terengganu Belum Berdaftar Dengan JKM

View Image

Terkejut dan membimbangkan!

Sebanyak 93 daripada 139 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di seluruh Terengganu belum didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JKM negeri Terengganu, Muhammad Zain Mahmud berkata, kebanyakan Taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang belum mendaftar masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal.

Tiga agensi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Mengejutkan kerana jumlahnya begitu banyak dan membimbangkan kerana Taska tidak berdaftar menghadapi pelbagai kemunginan.

Menurut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan kes kecederaan kanak-kanak berlaku di taska tidak berdaftar dan pengusahanya juga tidak mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak.

FATWA SI TUA NANYOK MENGHINA ISLAM ????

Rabu, 13 Julai 2011

KEPULANGAN PPPD DUN RHU RENDANG DARI MENGERJAKAN UMRAH



Marang - Kepulangan Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta keluarga daripada mengerjakan UMRAH di Tanah Suci Mekah disambut mesra seanak saudara serta rakan-rakan karib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tepat jam 8.45 malam 12/07/2011.  Beliau begitu gembira dan mengatakan keadaan kesihatan beliau serta ahli keluarga semasa di Tanah Suci Mekah dalam keadaan sihat walafiat.

Selasa, 12 Julai 2011

Mat Rempit Digalak Sertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM

View Image

KUALA TERENGGANU, 12 Julai (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalu-alukan golongan belia dan remaja khususnya mat rempit untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM (PSSTLDM).

Pegawai Pemerintah PSSTLDM Chendering, Kapten Profesor Madya Zainal Ashirin berkata inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk menyertai dan seterusnya berkhidmat secara sambilan dalam badan beruniform itu.

Isnin, 11 Julai 2011

Ustaz Zamri TV9 Pun Join BERSIH jugak !!!


Foto diatas merupakan gambar Ustaz Zamri  Mari Mengaji di TV9 semasa dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai baru-baru ini.Aku pun pelik kenapa la ramai pulak selebriti cuba nak menceburkan diri dalam hal-hal macam ini.Dulu,Wardina Safiyyah yang dihentam oleh pelbagai pihak kerana dikatakan menghadiri satu program bersama PKR dan menyokong mereka.

Anwar petualang negara

View Image

KUALA LUMPUR 10 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah petualang negara serta dalang sebenar terhadap segala kekecohan yang berlaku termasuk pada perhimpunan haram semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perangai 'hodoh' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

Ahad, 10 Julai 2011

Penganjur Perhimpunan Haram Tidak Hormat Titah Agong

View Image

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Penganjur perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ternyata tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar perhimpunan diadakan di sebuah kawasan yang terkawal, selamat dan tidak mengganggu urusan orang ramai seperti di stadium, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...