Sabtu, 30 Julai 2011

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA (JADUAL WAKTU BERPUASA DAN IMSAK 1432H)


Pengerusi JKKK serta ahli jawatankuasa Taman Medan Jaya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Pada tahun 2011, tarikh 1 Ramadhan 1432H jatuh pada 1 Ogos 2011 iaitu hari Isnin dan hari Raya Aidilfitri pula bakal disambut pada 30 Ogos 2011 iaitu hari Selasa. berikut adalah senarai penuh jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk tahun 2011M bersamaan 1432H bagi kawasan seluruh Malaysia.

Komunikasi, tegur sapa jadi amalan ke-21 dalam konsep `30 S’


Kerajaan negeri memperkenalkan `10 S’ lagi bagi menambah konsep `20 S’ yang sedia ada dalam usaha terus memperkasa dan meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Terengganu. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah, berkata S berkenaan adalah sapa, sederhana, sedar, serius, segak, segar, segera, sejahtera, selalu dan S yang ke-30 serta terakhir, selamat.

Jumaat, 29 Julai 2011

Kerajaan agih 300,000 kurma dan air zam-zam sempena Ramadan


Sebanyak 300,000 paket kurma dan air zam-zam akan diagihkan kepada umat Islam seluruh negeri sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan minggu depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, pengagihan berkenaan akan dibuat pada minggu pertama umat Islam berpuasa.

Khamis, 28 Julai 2011

Terengganu Sedia RM3.3 Juta Imarahkan Masjid Sepanjang Ramadan

View Image

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memperuntukkan kira-kira RM3.3 juta bagi program mengimarahkan masjid dan surau di negeri itu sempena bulan Ramadan tahun ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata setiap masjid di negeri itu akan diberikan bantuan sebanyak RM1,000 manakala surau masing-masing memperoleh RM500.

Rabu, 27 Julai 2011

Kecewa pemimpin PAS sokong Bersih, ahli Pas sertai UMNO

View Image

PASIR PUTEH 25 Julai - Kecewa dengan tindakan pemimpin Pas menyokong demonstrasi jalanan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seramai 20 ahli parti itu termasuk seorang bekas penghulu bertindak menyertai UMNO.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam majlis 'Selamat Tinggal Pas Kami Kecewa Pas Sokong Ambiga' di Kampung Alor Pasir di sini, malam tadi.

Selasa, 26 Julai 2011

Anwar liabiliti kepada pembangkang

View Image

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pas dan DAP kini dilihat berada dalam dilema untuk meneruskan kerjasama ekoran 'orang tengah' yang bertanggungjawab dalam penyatuan dua parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, walaupun dua parti berkenaan tahu bahawa Anwar adalah satu beban, namun mereka tetap memerlukan Ketua Pembangkang itu.

Ahad, 24 Julai 2011

Malaysia Berhadapan Dengan Masalah Belia Yang Gemar Memilih Pekerjaan

View Image

SUNGAI PETANI, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia berhadapan dengan masalah belia yang gemar memilih pekerjaan sedangkan negara telah banyak menyediakan peluang pekerjaan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kini pengangguran bukan isu tetapi ia berkaitan dengan jenis pekerjaan yang digemari belia yang memilih bidang pekerjaan yang mereka suka sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...