Sabtu, 21 Mei 2011

PROGRAM BISTARI KG. MEDAN JAYA

Guru-Guru Senamrobik
Program BISTARI Kg. Medan Jaya, Marang bermula pada hari ini 21/05/2011 jam 7.45 pagi dengan menjalankan aktiviti kecerdasan Senamrobik dan gotong-royong.  Manakala disebelah petangnya pula akan diadakan aktiviti sukaneka bertempat di Dewan Komuniti Kg. Medan Jaya, Marang, Terengganu.

GOTONG ROYONG MENGECAT / MEMBERSIH PONDOK SRS

Keprihatinan penduduk Kg. Medan Jaya begitu menyerlah, satelah pengujudan Skim Rondaan Sukarela (SRS) pada 1 Mei 2011.  Pada hari ini 20/01/2011 bermula jam 3.00 petang, penduduk Kg. Medan Jaya telah keluar beramai-ramai membersih dan mengecat Pondok Kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta membersihkan kawasan disekitar pondok tersebut.

Khamis, 19 Mei 2011

SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) KG. MEDAN JAYA, RUSILA, MARANG


Pada 01 MEI 2011 Kg. Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu menempah sejarah dengan tertubuhnya SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS).  Penubuhan SRS tersebut telah dirancang dengan begitu teliti oleh Ahli Jawatankuasa kampong tersebut yang diketuai oleh YM Tengku Sulaiman bin Tengku Abd. Halim.  Seramai 195 orang penduduk kampong telah mendaftar untuk menjadi ahli SRS demi menjaga keamanan, keselamatan dan sebagainya.

Rabu, 18 Mei 2011

Peruntukan RM1.5 juta untuk matrikulasi dan diploma


Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta kepada 2,482 pelajar seluruh Terengganu yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara peringkat matrikulasi dan diploma bagi kemasukan pertama bulan ini.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,407 pelajar yang mendapat bantuan persediaan menerusi Yayasan Terengganu (YT) itu, menerima RM500 seorang bagi mengikuti kursus matrikulasi, manakala selebihnya menerima RM750 setiap seorang bagi pengajian peringkat diploma.

Dekati ulamak, mainan politik bijak Anwar Ibrahim

Pemimpin utama pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan tekanan ekoran dikait dengan video seks dengan mengadakan kempen besar-besaran dengan mendekatkan dirinya dengan ulama.

Tokoh agama Dr Wahbah al-Zuhaili kini menjadi agamawan terbaharu dilibatkan dalam kempen untuk membersihkan imej Anwar.

Al-Zuhaili dibawa berceramah di negara ini, dalam satu usaha membina persepsi positif untuk Anwar.

Bantuan RM1 juta diperuntukan untuk belia

Warga belia di Terengganu yang aktif berpersatuan bakal menerima bantuan pentadbiran berjumlah RM1,029,000 sempena sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu di Padang Astaka, Kuala Berang pada 19 Mei ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan perkara sama dengan menyampaikan replika cek kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said di Program Turun Padang (PTP) Perdana Menteri ke Terengganu, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) mendapat peruntukan sebanyak RM50,000; 19 Pertubuhan Badan Gabungan Belia (PBGB) peringkat negeri mendapat RM152,000; PBGB daerah (RM165,000) dan PBG peringkat cawangan pula memperoleh RM662,000.

Selasa, 17 Mei 2011

Kerajaan akan pasang CCTV di kawasan lumba haram


Kerajaan negeri bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan yang dikenal pasti bagi mencegah berlakunya perlumbaan haram oleh kumpulan remaja yang digelar mat rempit di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata,bila ada CCTV, gambar aksi mereka dapat dirakam dan akan panggil ibu bapa mereka untuk melihat kegiatan anak-anak mereka yang mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Saya akan minta kerjasama pihak polis untuk kenal pasti kawasan itu dan kerajaan akan pasang CCTV,” katanya kepada pemberita selepas membuat melawat keadaan mangsa rempuhan mat rempit di Wad 5CD Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang ini.

Guru Nikmati Lima Kaedah Kenaikan Pangkat Mulai Januari Depan - Najib


KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

Perutusan khas buat seluruh warga guru-guru seluruh Malaysia yg dihormati dan dikasihi.
Bagi pihak seluruh pimpinan dan warga Medan Jaya mengucapkan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU – GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA’.
Guru bukan sahaja pendidik malah merupakan pejuang ke arah kegemilangan anak anak negara malah benteng kepada Agama Islam sebagai Agama Resmi Persekutuan,Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Mempertahan Hak Pribumi dan Memertabat Istitusi Raja.
Hari Guru yang di sambut pada 16 Mei setiap tahun, dan temanya Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Jika dilihat pada tema tahun ini, jelaslah bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para guru perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.
Kami Warga Medan Jaya mendoakan semoga Semua Warga Guru sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT didalam meneruskan kesinambungan Bakti Untuk Rakyat dan Negara.
Jasa guru – DULU, KINI dan SELAMANYA’ tetap di kenang oleh murid muridnya yang tahu mengenang bakti luhur guru guru mereka.

Ahad, 15 Mei 2011

PESTA PANTAI KELULUT, MARANG, TERENGGANU


Pesta Pantai Kelulut adalah acara kalendar dimana setiap tahun diadakan demi untuk memperkenalkan kepada masyarakat sekeliling terdapatnya beberapa agensi kerajaan yang berkhidmat di Daerah Marang. Selain daripada itu memperkenalkan produk-produk penduduk tempatan untuk dipasarkan kepada pengunjung-pengunjung serta para pelancong yang datang ke Daerah Marang.

Perasmian Bengkel Skim Rondaan Sukarela (SRS) Daerah Marang 2011


Bengkel Skim Rondaan Sukarela (SRS) Daerah Marang 2011 berlangsung di Dewan Bengkel Pemulihan, Taman Perkaya, Merchang, Terengganu, pada 14/05/2011.  Majlis tersebut anjuran Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Marang dengan kerjasama KRT Daerah Marang.

Perasmian Penutupan Bengkel dilaksanakan oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang.  Seramai lebih kurang 150 peserta SRS diseluruh Daerah Marang hadir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...