Bengkel Skim Rondaan Sukarela (SRS) Daerah Marang 2011 berlangsung di Dewan Bengkel Pemulihan, Taman Perkaya, Merchang, Terengganu, pada 14/05/2011. Majlis tersebut anjuran Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Marang dengan kerjasama KRT Daerah Marang.
Perasmian Penutupan Bengkel dilaksanakan oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang. Seramai lebih kurang 150 peserta SRS diseluruh Daerah Marang hadir.
Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada penduduk kawasan rukun tetangga berkongsi pendapat dengan pegawai-pegawai dari agensi keselamatan. Memberi pendedahan akan pentingnya keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan masyarakat bagi memastikan jalinan perpaduan terus dipelihara.
Memantapkan lagi Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang sedia ada dan yang akan ditubuhkan, selain memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya SRS ini dalam membantu pihak polis, AADK dan Jabatan Agama dalam menangani isu-isu keselamatan dan sosial dikawasan rukun tetangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan