Sabtu, 7 Januari 2012

PROGRAM PENGAGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2012 - 09/01/2012 @ 2.00 petang

Signifikan 901

Hasan ali pc

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh musuh politik Anwar yang mengatakan ketua pembangkang itu menjadikan agenda peribadinya sebagai isu nasional.

Ini turut dinyatakan oleh Exco Selangor, Datuk Hasan Ali yang turut menasihatkan rakyat agar tidak hadir dalam perhimpunan pada 901.

Sebenarnya, BN juga tahu, keputusan mahkamah pada 9 Januari ini bukanlah isu peribadi Anwar semata-mata.

Jumaat, 6 Januari 2012

JKM belanja RM89.8 juta bantu golongan miskin

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membelanjakan RM89.8 juta daripada peruntukan RM92.2 juta melalui enam jenis bantuan bulanan kepada 32,877 orang golongan miskin sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu (JKMT), Encik Zuhami Omar berkata, melalui bantuan am (negeri), JKM membelanjakan RM44.7 juta membabitkan 19,393 kes.

Manakala Bantuan Kanak-kanak (BBK) JKM membelanjakan RM20.3 juta membabitkan 5,619 kes dan Elaun Pekerja Cacat (EPC) membelanjakan RM9.4 juta membabitkan 2,893 orang.

Encik Zuhami berkata, jabatan juga tidak mengabaikan golongan warga emas dan telah membelanjakan RM9.5 juta dibawah Bantuan Orang Tua (BOT) membabitkan 1,350 orang manakala bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik RM4.1 juta dan bantuan kepada OKU tidak bekerja RM1.5 juta.

Khamis, 5 Januari 2012

Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar


KUALA LUMPUR, 4 Jan: NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini.

Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan.

Rabu, 4 Januari 2012

21,024 murid melangkah ke Tahun Satu seluruh Terengganu

Image Detail
Seramai 129,471 murid di 349 sekolah rendah dengan 21,024 daripadanya murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan musim baru 2012 di seluruh Terengganu bermula hari ini.

Sementara 490 pelajar lagi berjaya meneruskan pelajaran ke Tingkatan Satu yang melibatkan 141 sekolah menengah kerajaan di negeri ini.


Daripada keseluruhan sekolah menengah kerajaan, hanya satu sekolah yang baru dibuka dan menerima pelajar untuk pertama kalinya tahun ini, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Terengganu.

Selasa, 3 Januari 2012

Ukom anjur Diskusi Bajet 2012


Kerajaan negeri menerusi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) akan menganjurkan Diskusi Bajet 2012 yang bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 10 Januari ini, jam 2 petang.

Program bertujuan mendapatkan pandangan dan ulasan ahli-ahli panel mengenai Bajet 2012 yang dibentangkan Menteri Besar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada 5 Disember lalu.

MAJLIS TAKLIMAT & LAPOR DIRI GURU-GURU KAFA DAERAH MARANG 2011


Marang 02/01/2012 - Majlis Taklimat Dan Lapor Diri bagi Guru-Guru KAFA Daerah Marang 2011 telah diadakan di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang. Majlis dihadiri 450 orang guru-guru KAFA yang baru dan lama untuk memperbaharui tawaran perlantikan bagi tahun 2012.

Isnin, 2 Januari 2012

PROGRAM JASAMU DIKENANG - WANITA UMNO DUN RHU RENDANG

Rhu Rendang - Program Jasamu Dikenang anjuran Pergerakan Wanita UMNO Dun Rhu Rendang telah diadakan di Marang Village Resort. Pengerusi Wanita UMNO Puan Hajjah Azizah Ahmad Shah memaklumkan bahawa seramai 145 orang penerima Bantuan Mayang dikesemua cawangan terpilih melibatkan 29 Cawangan dikawasan DUN Rhu Rendang.

Ahad, 1 Januari 2012

TAHUN 2011 MELABUR TIRAI - AMBANG 2012 MUNCUL DENGAN SERIBU PERSOALAN ???



Rhu Rendang 01/01/2012 - Program menyambut Ambang 2012 Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang telahpun diadakan di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dalam suasana yang sederhana, tetapi memberikan satu pendekatan yang padat dan jitu bagi anak-anak muda terutamanya Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang untuk terus bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air terutamanya kawasan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...