Sabtu, 23 April 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan tak halang poco-poco




SEPANG 22 April - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Jumaat, 22 April 2011

Penjawat awam perlu berintergriti dalam kerjaya – SUK


Penjawat awam diingatkan supaya berpegang kepada prisip profesional dan berintergriti dalam kerjaya masing-masing, sesuai dengan tuntutan masyarakat yang mahukan mereka menunjukkan nilai-nilai terbaik.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing, ideologi dan cara pendekatan setiap penjawat awam mungkin berbeza antara satu sama lain.

Khamis, 21 April 2011

Kg Medan Jaya tempat ketiga juara kebersihan dan keceriaan


Kampung (Kg) Bukit Wan, Kuala Terengganu muncul johan bagi kategori Kampung Luar Kawasan Operasi dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2010.

Kemenangan itu membolehkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) itu menerima RM100,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM10,000. Malah, kerajaan negeri juga bakal menghantar JKKK kampung itu melawat Australia tahun depan.

Terengganu paling banyak salah guna jenama `homestay’


Pengusaha pelancongan di Terengganu dikesan paling banyak menyalahgunakan jenama perkhidmatan `guest house’ atau rumah tumpangan kepada `homestay’ (inap desa), sedangkan mereka tidak mengamalkan cara dan amalan sebenar perkhidmatan yang sepatutnya sebagai sebuah inap desa.

Festival Kenyir Dijangka Tarik 20,000 Pengunjung

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) -- Seramai 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan Festival Kenyir yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 Mei ini.

Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah berkata, program itu akan diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di Hulu Terengganu.

Kampong Medan Jaya berjaya tempat ke 3 Peringkat Negeri Terengganu


Bukit Payong 20 Apr 2011 - Kampung Medan Jaya telah berjaya terpilih tempat ke tiga dalam pertandingan kampung bersih dan keceriaan peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2011.  Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Kg. Bukit Sawa, Marang, Terengganu.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu Dari Seri Ahmad Said.  Tempat ketiga menerima wang tunai RM5,000 dan Ekonomi RM1,000 serta tiket penerbangan melancung ke Chiangmai, Thailand.  Tahniah kepada Pengerusi JKKK YM Tengku Sulaiman bin Tengku Abd. Halim.

Rabu, 20 April 2011

Bilangan kes jenayah juvana semakin membimbangkan


PUTRAJAYA - Bilangan kes jenayah melibatkan pelajar atau lebih dikenali sebagai pesalah juvana semakin membimbangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. 

Beliau berkata, ia berdasarkan laporan dikemukakan Cawangan Dasar/Pencegahan Jenayah, Bahagian Hal Ehwal Awam, Bukit Aman, di mana pesalah juvana kini cenderung melibatkan diri dalam pelbagai salah laku sosial dan jenayah berat. 

“Kebimbangan ini jika tidak ditangani segera akan menambahkan bebanan pihak kementerian dalam menangani masalah sosial termasuk penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, gejala buli, pil khayal, peras ugut, kumpulan haram, menonton video lucah dan pelbagai kegiatan berhubung kait jenayah,” katanya. 

Selasa, 19 April 2011

Karnival Candat Sotong Harian Metro 2011


Karnival Candat Sotong Harian Metro 2011 menjadi antara aktiviti dalam kalendar pelancongan negeri yang dijangka mampu menarik penyertaan pelawat tempatan dan luar negeri ke Terengganu.

Program anjuran akhbar Harian Metro dengan kerjasama Kerajaan Terengganu bakal dijalankan di Pulau Warisan dan Ri-Yaz Heritage Maria Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, selama tiga hari bermula 29 April depan.

Isnin, 18 April 2011

Berpegang teguh kepada ajaran Islam, elak berpecah belah


Umat Islam perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam, kekalkan hidup bersatu padu dan dilarang meletakkan diri dalam kategori tertentu sehingga menyebabkan perpecahan dan perbalahan antara kaum sendiri.

Ahad, 17 April 2011

Majlis Perasmian Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sukaneka/Kebersihan Kg. Medan Jaya


MEDAN JAYA  16 APR 2011 - Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah sukaneka dan kebersihan serta kecerian halaman rumah dalam kawasan JKKK Kampung Medan Jaya / Medan Jaya 1 telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Majlis telah diadakan di Pusat Komuniti Kampung Medan Jaya, Marang Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...