Ahad, 17 April 2011

Majlis Perasmian Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sukaneka/Kebersihan Kg. Medan Jaya


MEDAN JAYA  16 APR 2011 - Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah sukaneka dan kebersihan serta kecerian halaman rumah dalam kawasan JKKK Kampung Medan Jaya / Medan Jaya 1 telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu, YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Majlis telah diadakan di Pusat Komuniti Kampung Medan Jaya, Marang Terengganu.
Program telah diadakan selama 3 hari bermula  pada 14 - 16 APR 2001, yang disertai oleh semua gulongan masyarakat dikawasan tersebut.  Jabatan Kesihatan Daerah Marang juga turut menyumbang bagi menjayakan program tersebut dengan mengadakan ceramah kesihatan/pameran selain menyumbang hadiah-hadiah berbentuk hamper kepada pemenang-pemenang yang menyertai quiz yang diadakan.




Seramai lebih kurang 300 orang penduduk setempat hadir di majlis penutupan yang diadakan.  YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku mengucapkan tahniah kepada Pengerusi JKKK - YM Tengku Sulaiman bin Tengku Abd. Halim yang telah berjaya mengadakan program seumpama itu, bagi merapatkan hubungan silaturrahim, selain daripada menanamkan sikap bekerjasama dan bersatu dalam apa jua keadaan.






































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...