Sabtu, 18 Februari 2012

PROGRAM KESIHATAN KOMUNITI UNiSZA BERSAMA PENDUDUK TAMAN MEDAN JAYA, RUSILA




Marang 17/02/2012 - Program telah diadakan di Dewan Komuniti Taman Medan Jaya,  Rusila, Marang bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 12.00 t/malam. Program ini dianjurkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) UNiSZA. Seramai 30 orang pelajar perubatan terlibat dan 6 orang pelajar Dietetik.


Jumaat, 17 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH MARANG



Bukit Payong 16/02/2012 - Perarakan menyambut Maulidur Rasul Peringkat Daerah Marang bermula jam 8.30 pagi. Perarakan sejauh 3.5 kilometer bermula dari perkarangan Masjid Hj. Md Zain dan berakhir di Masjid Bukit Payong, juga mencatat sejarah apabila lebih 10,000 peserta mengambil bahagian, melibatkan 180 buah kontinjen.

Turut hadir dalam perarakan yang berlangsung Y.B. Dato' Yahya bin Khatib Mohamad,  Y.B. Haji Alias bin Abdullah, , Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Daerah Marang, Ketua-Ketua Jabatan dan tetamu kehormat.

Khamis, 16 Februari 2012

Al-Quran emas jadi tarikan pengunjung



Naskah al-Quran bersadur emas yang berusia lebih 500 tahun dari Dinasti Ming, China dan bernilai kira-kira RM170 juta menarik minat orang ramai yang mengunjungi Pameran Khazanah Islam dari China, di Muzium Negeri, Losong, Kuala Terengganu.

Atrifak berharga lain yang dipamerkan pada pameran yang berlangsung selama enam bulan iaitu bermula 14 Februari hingga 14 Ogos itu, termasuk perkakasan yang dihiasi emas dan batu permata, koleksi cop mohor dari pelbagai dinasti, pasu seramik berusia 1,400 tahun, pasu porcelain, jade dari budaya budaya `Hong Sun’ dan kuda hiasan dari dinasti Tang.

Rabu, 15 Februari 2012

MB ingatkan JKKK elak cipta masalah menjelang PRU-13



Dato’ Seri Ahmad Said mengingatkan semua pengerusi dan kempimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan Barisan Nasional (BN).

Kata Menteri Besar, kesepakatan dan perpaduan dalam badan itu sangat penting ketika gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin jelas kedengaran dan sudah dapat dirasai ketika ini.

Isnin, 13 Februari 2012

Penjawat awam perlu telus laksana tugas


Penjawat awam di negeri ini di minta membuang sikap gemar menghentam etika dan dasar yang dilaksanakan kerajaan sebaliknya perlu amanah serta bersikap telus supaya mampu mencapai matlamat yang dihasratkan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kesal dengan sikap mereka yang gemar menghentam kerajaan dan tidak amanah memikul tanggungjawab yang patut digalas.

Ahad, 12 Februari 2012

MAHASISWA PERMATA NEGARA DUN RHU RENDANG


Marang 11/02/2012 - Program Mahasiswa DUN Rhu Rendang berteraskan 'MASIH ADA YANG SAYANG" telah diadakan di Gambang Water Park, Kuantan bermula 09hb. hingga 11hb. Feb, 2012. 

Program ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang dengan kerjasama APMT DUN Rhu Rendang. Program ini bertujuan memberi sedikit sumbangan motivasi dan kesedaran untuk menerapkan nilai kerohanian kepada bekas pelajar-pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat serta memiliki peribadi yang unggul seterusnya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat luar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...