Marang 17/02/2012 - Program telah diadakan di Dewan Komuniti Taman Medan Jaya, Rusila, Marang bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 12.00 t/malam. Program ini dianjurkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) UNiSZA. Seramai 30 orang pelajar perubatan terlibat dan 6 orang pelajar Dietetik.
Program ini merupakan salah satu keperluan untuk melengkapkan posting kesihatan awam bagi pelajar perubatan tahun tiga. Ianya bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang erat antara Mahasiswa/Mahasiswi dengan komuniti. Adalah amat penting untuk para pelajar bidang perubatan yang akan bergelar doktor diberi pendedahan yang secukupnya mengenai kesihatan awam.
Selain daripada itu beberapa 'booth' dibuka seperti pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi cara membasuh tangan/menggosok gigi dengan betul serta pameran bersama penduduk setempat, kaunseling, pameran diet dan pameran fisioterapi. Bagi memeriahkan lagi majlis aktiviti sukaneka dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak turut diadakan.
Turut hadir dimajlis penutupan yang disempurnakan oleh Prof. Dr. Nordin bin Simbak adalah Penghulu Mukim Rusila, Pengerusi JKKK Taman Medan Jaya 1 dan Tim. Pengerusi Taman Medan Jaya serta beberapa orang tetamu kehormat dari UNiSZA.
Untuk paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.170613463052728.36596.100003122271553&type=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan