Sabtu, 22 Oktober 2011

E-Kasih bantu penduduk



Image Detail
Seramai 7,722 penduduk termasuk 6,924 ibu tunggal dan selebihnya bapa tunggal di Terengganu dipantau Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui program e-Kasih yang diwujudkan dua tahun lepas.

Pengarah YPKT, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa berkata, berkata beberapa proses tertentu dilaksanakan sebelum seseorang itu layak disenarai di bawah e-Kasih.

Jumaat, 21 Oktober 2011

4 lokasi di Terengganu lihat anak bulan Zulhijah



Image Detail

Petang 27 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah ditetapkan bagi melihat anak bulan Zulhijah bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidiladha.

Menurut laporan Bernama hari ini, perkara itu dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Khamis, 20 Oktober 2011

ANUGERAH DESA CEMERLANG 2011 DAERAH MARANG


Medan Jaya 20/10/2011 - Pemilihan Anugerah Desa Cemerlang 2011 bagi Daerah Marang berlangsung pada awal bulan Oktober, 2011. Pada peringkat awalnya Majlis Daerah Marang telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih 4 buah kampung didalam Daerah Marang yang benar-benar layak dengan menepati kateria yang telah ditetapkan.  Empat buah kampong yang telah terpilih adalah Kg. Bukit Sawa, Kg. Banggol Pak Ali, Kg. Rawai dan Kg. Medan Jaya akan menjalani pemilihan terakhir oleh beberapa orang AJK Khas yang telah dilantik untuk dipilih ke peringkat Negeri Terengganu.

Rabu, 19 Oktober 2011

Selepas e-Book guru pula akan mendapat komputer riba


Image Detail

Beruntung sungguh menjadi rakyat Terengganu, selepas selesai pengagihan e-Book kepada murid tahun empat kerajaan negeri akan meneruskan tanggungjawab memastikan guru yang bertugas di negeri ini mendapat kemudahan laptop percuma.

Seramai 2.300 guru yang mengajar tahun enam di sekolah rendah seluruh negeri ini bakal menerima laptop yang akan diagihkan secara berperingkat mulai minggu depan.

Selasa, 18 Oktober 2011

Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah


Image Detail

Rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih Pas sebagai parti pemerintah negeri tersebut.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu semalam hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya.

Isnin, 17 Oktober 2011

MAJLIS KESYUKURAN DIKEDIAMAN PEGAWAI PEMBANGUNAN DUN RHU RENDANG



Rhu Rendang 16/10/2011 - Majlis kesyukuran sempena perkahwinan puteri kepada Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah diadakan didalam suasana yang penuh keceriaan.  Majlis bermula jam 10.30 pagi sehingga 5.00 petang, dimana dianggarkan lebih kurang 7,000 orang tetamu hadir dimajlis yang telah diadakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...