Sabtu, 3 Mac 2012

Taman Panorama siap akhir lalu


Image Detail
Taman Panorama yang tersergam indah di Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu siap sepenuhnya akhir tahun lalu dan bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.

Pembangunan fasa pertama taman itu membabitkan peruntukan RM7.5 juta menerusi Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Jumaat, 2 Mac 2012

Hamas nafi pendirian pertubuhan itu selari kenyataan Anwar


Image Detail

KUALA LUMPUR 1 Mac - Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

Khamis, 1 Mac 2012

PAS HURU-HARA LAGI ?????




SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas menggesa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad agar menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf berikutan responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam.

Ahad, 26 Februari 2012

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA DUN RHU RENDANG



Himpunan Sejuta Umat di Terengganu dihadiri 6,000 orang



KUALA TERENGGANU 25 Feb. — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bertema ”Selamatkan Akidah” siri jelajah negeri Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri di sini hari ini berjaya menghimpunkan 6,000 orang.

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, himpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam ini mengetengahkan isu gejala murtad di kalangan akidah umat Islam yang kian meruncing di negara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...