Sabtu, 23 Julai 2011

Hormati agama lain - Najib


SEPANG 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penganut satu-satu agama di negara ini harus terlebih dahulu menghormati agama lain sebelum mereka ingin juga dihormati.

Mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika berucap di hadapan lebih 2,000 orang hari ini yang menyambut kepulangan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah melakukan lawatan kerja ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.

Khamis, 21 Julai 2011

259 orang terima darjah kebesaran Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu

Seramai 259 orang menerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan Negeri Terengganu Darul Iman, sempena Ulang Tahun Ke-49 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Ibrahim Muhamad dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor mengetuai senarai penerima tersebut yang dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Selasa, 19 Julai 2011

Bekas Ahli Parlimen yakin BN rampas Marang

View Image

KUALA LUMPUR 18 Julai – Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar hari ini menyuarakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat merampas kembali kerusi Parlimen tersebut daripada Pas.

Isnin, 18 Julai 2011

MASYARAKAT DISAYANGI - PPPD RHU RENDANG BHG. V


Lawatan Kesembilan - Puan Siti Fatimah binti Hamid, 54 tahun, tinggal dialamat no. D1/276, Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu.  Mengidap penyakit angin ahmal sejak beberapa tahun yang lalu.  Masih lagi menjalani pemeriksaan doktor dan juga perubatan tradisional.

MASYARAKAT DISAYANGI - PPPD RHU RENDANG BHG. IV


Lawatan Ketujuh - Encik Abd. Latif @ Abd. Razak bin Abd. Rahman, 63 tahun, tinggal dialamat No. D1/249, Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu.  Beliau adalah bekas Setiausaha Pemuda UMNO Medan Jaya, Rusila.  Mengidap sakit jantung dan baru saja menjalani pembedahan pintasan lebih kurang 6 bulan yang lalu.


MASYARAKAT DISAYANGI - PPPD RHU RENDANG BHG. III


Lawatan Kelima - Mohd bin Omar, 59 tahun, tinggal dialamat No. D1/240, Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu. Mengalami cacat penglihatan sejak 20 tahun yang lalu akibat sakit jangkitan.


MASYARAKAT DISAYANGI - PPPD RHU RENDANG BHG. II


Lawatan Ketiga - Mohamad bin Sulong, 60 tahun, tinggal di D1/224, Taman Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu.  Mengidap penyakit kencing manis dan jantung sejak beberapa tahun yang lalu.  Sentiasa perlu mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi menjamin kesihatannya.  Turut hadir mengiringi rombongan adalah Pengerusi JKKK Taman Medan Jaya, Tengku Sulaiman bin Tengku Yahya.

MASYARAKAT DISAYANGI - PPPD RHU RENDANG BHG. I


RUSILA 17/07/2011 - Keprihatinan terhadap masyarakat yang mengalami kesusahan serta kesempitan hidup tetap tersemat dihati Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku selain daripada menyahut saranan pucuk pimpinan agar pemimpin-pemimpin hendaklah sentiasa mendekati rakyat berlebih-lebih lagi mereka yang susah.

Ahad, 17 Julai 2011

Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama

View Image
Hadith:
DARI Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:"Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku.
Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:"Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?"Jawab Rasulullah SAW,"Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...