Sabtu, 18 Jun 2011

PANAS: KJ tak gentar amaran Hishamudin

PANAS: KJ tak gentar amaran Hishamudin

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.
Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

Jumaat, 17 Jun 2011

Kerajaan sedia hadapi serangan siber

View Image

KUALA LUMPUR 15 Jun - Malaysia bersedia menghadapi apa jua kemungkinan serangan siber terhadap mana-mana laman web rasmi kerajaan termasuk ancaman daripada kumpulan yang bergelar anonymous.

Meskipun mengakui ancaman itu merupakan sesuatu di luar jangkaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan laman web kerajaan selamat daripada digodam.

Khamis, 16 Jun 2011

Warga Singapura Didakwa Rasuah Lima Pemain Bola Sepak T-Team

View Image
SEREMBAN, 15 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warganegara Singapura dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap lima pertuduhan memberi rasuah bernilai RM23,000 kepada pemain bola sepak Piala Presiden T-Team bagi mengatur keputusan perlawanan dengan pasukan Negeri Sembilan pada Mei tahun lepas.

R K Rajendran, 51, didakwa memberi suapan berjumlah antara RM2,000 hingga RM7,000 kepada lima pemain skuad T-Team di sebuah rumah di Taman Bidara, Seremban pada 7 petang, Mei tahun lepas.

Rabu, 15 Jun 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh, Khamis Ini

View Image
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Selasa, 14 Jun 2011

Terengganu cuti umum Ahad


Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Jun) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.

Ahad, 12 Jun 2011

BERSIH tiada sokongan: 151 laporan polis terhadap penganjur


Dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Pertubuhan yang dikenali sebagai Wira Perkasa Pulau Pinang (Perkasa) dan Penawar 1 Malaysia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS.

Terengganu Julang Piala FA 2011 untuk Rakyat Terengganu - Tahniah

View Image

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Terengganu menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Sabtu malam.

Ahmad Nordin Alias menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol penentuan pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.

Kali terakhir Terengganu menjulang trofi itu ialah pada 2000 setelah menewaskan Pulau Pinang melalui sepakan penalti 5-3 apabila kedudukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...