Ahad, 12 Jun 2011

BERSIH tiada sokongan: 151 laporan polis terhadap penganjur


Dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Pertubuhan yang dikenali sebagai Wira Perkasa Pulau Pinang (Perkasa) dan Penawar 1 Malaysia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS.
Ketua Penerangan Perkasa Norhalim Abdul berkata polis harus mengambil tindakan segera kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah berunsur menghasut rakyat dan mempunyai niat untuk mengganggu ketenteraman awam.

"Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Di KELANTAN, penduduk Kampung Wakaf Baharu, Tumpat meminta pihak berkuasa bertindak tegas ke atas Bersih yang merancang mengadakan demonstrasi itu.

Ketua Kampung Wakaf Baharu, Mat Yusoff Mat Musa,60, berkata tindakan menghimpunkan orang ramai dengan tujuan mengadakan demonstrasi membantah kerajaan boleh menyebabkan huru hara.

"Kalau perkara itu dibiarkan dan keganasan berlaku, rakyat akan hidup dalam ketakutan berpanjangan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Wakaf Baharu, di sini.

Dalam laporan media 7 Jun lepas, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengumumkan harat kumpulan itu mengajak rakyat negara ini turut serta dalam perhimpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 9 Julai depan.

Katanya ia adalah untuk menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengulas perkara itu berkata pihak penganjur perlu bertanggungjawab sekiranya perhimpunan itu dilaksana dan menganggu ketenteraman awam.

Dari maklumat yang kami dapat, dah 151 laporan polis dibuat terhadap Bersih 2.0.

Paling banyak laporan adalah dari Kedah 33, Kelantan 26, Pahang 25, dan Kuala Lumpur 23. Lain-lain negeri adalah Negeri Sembilan 13, Selangor 12, Perak 8, Penang 6, Trengganu 4, dan Melaka 1. 

Laporan-laporan polis ini satu petunjuk bahawa rakyat menentang amalan demo dan mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang menganjurkan perhimpunan ini.

Ia juga menunjukkan rakyat tak mahu demo yang hanya menyusahkan hidup mereka. Mereka tahu ini adalah hanya permainan politik murah. Kalau betul tiada demokrasi, kenapa pembangkang boleh menang kerusi pilihanraya dan ada negeri-negeri jatuh kepada pembangkang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...