Sabtu, 25 Februari 2012

Pendapatan isi rumah sehingga RM3,000 layak pohon RMR1M


Image Detail

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Jumaat, 24 Februari 2012

Mahathir ulangi debat Najib-Anwar tak perlu dan buang masa


MAHATHIR
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu meskipun ramai berpendapat debat itu harus dijalankan.
Beliau berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu hanya membuang masa dan tidak mendatangkan hasil kerana masing-masing akan tetap menegakkan pendirian sendiri.

Rabu, 22 Februari 2012

Program Himpunan Sejuta Umat di Stadium Negeri, 25 Feb ini



Orang ramai dijemput ke `Program Himpunan Sejuta Umat, Selamatkan Akidah’ yang bakal berlangsung di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, pada 25 Februari (Sabtu) ini, jam 8.30 pagi.

Program anjuran Sekretariat Himpun Terengganu dan Majlis Perundingan NGO’sTerengganu itu bakal menampilkan penceramah terkenal yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali.

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA - DUN RHU RENDANG



Isnin, 20 Februari 2012

RM32juta baiki rumah rakyat



Kerajaan negeri memperuntukkan RM32 juta tahun ini bagi membantu rakyat miskin di Terengganu, termasuk membaik pulih kediaman dan masalah atap bocor.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, rumah kediaman rakyat miskin akan diperbaiki, termasuk menggantikan atap yang rosak agar kehidupan mereka lebih selesa.

Ahad, 19 Februari 2012

Nik Sapeia kecewa PAS pecat guru halaqah selepas sertai PPP


Image Detail

KOTA BAHARU: Parti Progresif Penduduk (PPP) kecewa dengan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang memecat seorang guru halaqah (guru al-Quran) selepas guru berkenaan serta suaminya mengumumkan menyertai PPP di Pasir Puteh, tiga hari lalu. 

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, berkata tindakan PAS itu tidak profesional dan mengamalkan politik dendam yang sama sekali tidak mencerminkan parti berteraskan Islam.
"Saya sedih guru ini dipecat sebagai guru halaqah sebaik menyertai PPP dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan saya meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat memandang serius perkara ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...