Sabtu, 6 Ogos 2011

Jom Rami-Ramai ke Festival Ramadan di TTC


Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menyediakan 200 lot niaga di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) sempena Festival Aidilfitri sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Az
mi Razik berkata, program tahunan itu bagi memberi peluang kepada peniaga tempatan memasarkan produk mereka dalam satu kompleks yang selamat dan teratur.

Jumaat, 5 Ogos 2011

PANAS !!!! PAS HILANG AKAL SERBU GEREJA

PETALING JAYA, 4 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.
Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Khamis, 4 Ogos 2011

Ku Li Tidak Sebodoh Nik Aziz Untuk Ganti Anwar

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini.

Rabu, 3 Ogos 2011

‘Mungkin ini Ramadan terakhir’


KUALA TERENGGANU - Umat Islam disarankan meningkatkan amal ibadat dan berusaha menjadikan Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang terbaik.

Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, kedatangan Ramadan al-Mubarak seharusnya digunakan sebaiknya-baiknya dan jangan ‘mengotorinya’ dengan keingkaran kita dengan melanggari perintah Allah.

Selasa, 2 Ogos 2011

SANDIWARA KU LI BERJAYA MEMPERBODOHKAN PEMBANGKANG !!!

View Image

KUALA TERENGGANU 31 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini.

Isnin, 1 Ogos 2011

Lebih banyak penerbangan terus ke Mekah


Kerajaan T erengganu akan menyediakan lebih banyak penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Madinah atau Jeddah, bagi membawa orang ramai menunaikan umrah pada tahun depan.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sebanyak 10 hingga 15 trip umrah dirancang pada tahun depan bagi membawa penduduk Pantai Timur mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Ahad, 31 Julai 2011

PROGRAM BANTUAN ZAKAT HARI RAYA TAHUN 2011 DUN RHU RENDANG


Marang 31/07/2011 - Program berlangsung di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang bermula jam 9.30 pagi hingga lewat tengahari.  Majlis dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang.  Turut hadir Pegawai MAIDAM Daerah Marang serta beberapa orang AJK bertindak.

PERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA PPPD RHU RENDANG - BHG. II

Sambungan rakaman gambar di Perlawanan Akhir Bolasepak Piala PPPD Rhu Rendang:

Piala Rebutan serta Piala Pemain Terbaik 2011

ERLAWANAN AKHIR BOLASEPAK PIALA PPPD RHU RENDANG - BHG. I


Marang 30/07/2011 - Perlawanan akhir bolasepak piala Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang telah diadakan di Padang Bola Majlis Daerah Marang, Terengganu bermula jam 5.15 petang.  Perlawanan diantara Pasukan Kg. Sentol Patah dengan Kg. Medan Jaya.  Kedua-dua pasukan merebut piala serta wang tunai RM4,000, manakala tempat kedua akan menerima wang tunai RM3,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...