Jumaat, 5 Ogos 2011

PANAS !!!! PAS HILANG AKAL SERBU GEREJA

PETALING JAYA, 4 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.
Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.


Ho berkata sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang dikenali sebagai Harapan Komuniti, telah menganjurkan majlis makan malam kesyukuran di gereja itu, yang dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.
“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia,” kata Ho kepada The Malaysian Insider malam tadi.
“Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.
Mengikut maklumat laman web, Harapan Komuniti menggambarkan ia sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kepada mangsa malapetaka, ibu tunggal, kanak-kanak dan pesakit Aids tanpa mengira kaum.
Ho berkata pihak berkuasa tidak menahan sesiapa tetapi merampas aturcara program di samping menyoal penganjur majlis dan hadirin.
“(Mereka datang) ekoran aduan dan memberitahu ada orang membuat satu aduan,” kata beliau.
Bagaimanapun Ho memberitahu pihak berkuasa itu tidak menjelaskan kandungan aduan.
Serbuan malam tadi di negeri ditadbir Pakatan Rakyat muncul dua minggu selepas Putrajaya menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...