Sabtu, 27 Ogos 2011

Tarikh hari raya tidak sama kerana perbezaan matlak: JAKIM

Image Detail

PUTRJAYA: Perbezaan penentuan tarikh hari raya di antara negara Islam berlaku kerana wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal atau anak bulan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha, berkata perkara itu juga bergantung kepada pihak berkuasa agama di negara terbabit sama ada menggunakan kaedah rukyah (cerapan) atau hisab sahaja, atau kedua-duanya. "Brunei misalnya menentukan awal Syawal berpandukan rukyah semata-mata, katanya dalam satu kenyataan," di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata tidak timbul isu Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal bersama dengan negeri di Semenanjung. 

Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT DAN RAKAN-RAKAN DUN RHU RENDANG



RHU RENDANG 25/08/2011 - Masyarakat setempat serta rakan-rakan karib tidak dilupakan , Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dikediaman beliau di Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.  Tidak dilupakan juga, sanak saudara-mara terdekat untuk sama-sama menjamu selera di majlis yang diadakan.

Khamis, 25 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA JKKK/PEMUDA/WANITA/PUTERI UMNO DUN RHU RENDANG



RHU RENDANG 24/8/2011 - Memberkati lagi didalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama JKKK, Pemuda/Wanita/Puteri UMNO DUN Rhu Rendang, dirumahnya di Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.

Rabu, 24 Ogos 2011

Makan hati sikap anak, menantu


View Image

KAJANG: “Mak cik terkilan hasrat nak menumpang untuk sepinggan nasi bersama anak seorang pun tidak kesampaian, lebih baik mak cik bawa diri ke sini daripada terus makan hati dengan sikap dia dan menantu,” luah Masitah (bukan nama sebenar) sambil menitiskan air mata yang tidak mampu ditahan.

Selasa, 23 Ogos 2011

Pelajar Terlibat Perhimpunan Haram Di Mesir Diberi Surat Tunjuk Sebab


Image Detail
KUALA TERENGGANU: Pelajar tajaan Yayasan Terengganu di Mesir yang terlibat dengan perhimpunan haram di negara itu serentak dengan yang berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas, akan diberikan surat tunjuk sebab.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata jika penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, maka biasiswa mereka akan ditarik balik.

Isnin, 22 Ogos 2011

JUADAH BERBUKA PUASA DI PAKISTAN - di Malaysia sebaliknya !!!!!


ISLAMABAD: Beberapa minit sebelum waktu berbuka adalah saat paling sibuk bagi remaja ini. Beliau dengan teliti menyusun dulang juadah iftar di Islamabad, Pakistan, kelmarin.


Juadah yang kelihatan lazat itu menambah nikmat semasa berbuka.

Sebaliknya di Malaysia, pembaziran kian menular diseluruh pelusuk negara, berlebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.  Semiskin-miskin rakyat di Malaysia tidaklah seperti apa yang dirasai oleh masyarakat di ISLAMABAD, Pakistan.

Cuba fikir-fikirkan la.

Ahad, 21 Ogos 2011

ARTIS NEGERI SERAMBI MEKAH BERPELOK DENGAN ANJING BELAAN ????



Kurang didikan agama itulah puncanya...

Difahamkan, artis Melayu yang beragama Islam ni berasal dari Kelantan.. Dia juga kalau berlakon memang ngetop jugak sebab versatile..

Tapi bila gua tengok gambar dia berposing dengan ANJING belaan dia tu.., gua rasa dia tak berlakon.. Itu memang benar-benar kejadian..Korang tengok sendiri kemesraan keluarga artis Nanu Baharudian bersama anjing peliharaan mereka bernama Kesha ini di’upload sendiri ke Fesbuk dia sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...