RHU RENDANG 24/8/2011 - Memberkati lagi didalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama JKKK, Pemuda/Wanita/Puteri UMNO DUN Rhu Rendang, dirumahnya di Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.
Seramai 500 orang tetamu hadir dimajlis yang dianjurkan demi untuk merapatkan perhubungan tali silaturrahim diantara mereka. Majlis berlangsung didalam suasana yang penuh ceria dan harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan