Ahad, 23 September 2012



Penduduk Persekitaran di Jemput hadir.

Program Gotong Royong Bersama AADK Daerah Marang Bersama Khairat Kematian Medan Jaya , JKKK Medan Jaya , JKKK Medan Jaya 1,KRT, Bomba Sukarela, J/Kuasa Masjid, Jawatankuasa Surau serta Penduduk Kampung akan diadakan:

Tarikh      :    28-9-2012  ( Jumaat )
Masa       :    8.30 Pagi
Tempat    :    Tanah Perkuburan Rusila / Medan Jaya.

" Sebaik-baik manusia yang ingat akan mati "

Rabu, 19 September 2012

Orang Ramai DiJemput Hadir Ke

FORUM PERDANA CAKNA KELUARGA.
" Indahnya hidup Berkeluaga "
                        Pengerusi Forum:
Y.Bhg.Ustaz Wan Akashah bin Wan Abd. Hamid
                         Ahli Panel
YB. Tuan Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh.
Y.Bhg. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahmood
Turut hadir : Y.Bhg. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.
Pegawai ,Pembangunan Dun Rhu Rendang.
Pada     22 September 2012 ( Sabtu )
Jam       2.30 Petang
Tempat di Masjid Medan Jaya, Marang, Terengganu.
Anjuran bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu , Pejabat Penyelaras Dun Rhu Rendang & Ajk Masjid Medan Jaya.

Rabu, 12 September 2012

Majlis Jamuan Dan Basikal Berhias Sempena Majlis Malaysiaraya Di Pusat Komuniti Kampung Medan Jaya
Pada 22-9-2012 dari 8.30 pagi hingga 12.30 petang turut hadir Tuan Pengarah, Perpustakaan Negeri Terengganu & Tuan Pegawai, Pembangunan Dun Rhu Rendang.Y.Bhg. Tuan Haji Nik Dir Bin Nik Wan Ku.

Isnin, 18 Jun 2012

Wow hebat - restoran hidang sup, sate buaya


Image Detail
MIRI 17 Jun - Kejadian manusia dibaham buaya kerap kali dilaporkan dan menjadi buah mulut orang namun tidak ramai yang tahu, reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir peminat makanan eksotik di bandar raya ini.
Image Detail
Taman Buaya Miri di sini, bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan tersebut malah sebuah restoran di situ turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjung seisi keluarga.

Pekerja restoran taman buaya itu, Sunani Sulong, 53, berkata, daging buaya di situ dihidangkan melalui tiga cara iaitu sup, sate dan masak kicap dengan harga berpatutan.

Sabtu, 26 Mei 2012

PAS Terengganu : "PKR parti lemah"


Pas negeri hari ini secara terbuka mengakui parti itu ‘lebih kuat’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti tersebut hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Isnin, 21 Mei 2012

Sikap biadap segelintir penyokong ”The Red Warriors”.


Image DetailWartawan yang membuat liputan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam, kesal dengan sikap biadap segelintir penyokong ”The Red Warriors”.
Wartawan Utusan Malaysia, Muhammad Dayne Azmin berkata, beliau sangat kecewa melihat sikap penyokong Kelantan itu yang tidak profesional dengan membaling botol minuman dan bekas makanan ke arah tempat media di aras dua stadium berkenaan.

Ahad, 20 Mei 2012

UMNO DISARANKAN JANGAN TERIMA MUZAKARAH DG PARTI ANAK SYAITAN (PAS) ??


Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas
KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)  - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.

Sabtu, 19 Mei 2012

Harussani anggap PAS "tekong" perpecahan


Post Pic
SHAH ALAM: PAS kini dianggap sebagai 'tekong' perpecahan kepada masyarakat Islam ekoran tindak-tanduk parti itu yang semakin hilang kewarasannnya dalam perihal yang diterjemahkan kepada rakyat.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria berkata kewarasan PAS itu kini jelas boleh dibanding ketika parti itu mula-mula ditubuhkan.

Jumaat, 18 Mei 2012

Lindungi anak yatim dapat ganjaran syurga - To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud


Pemimpin Masyarakat, warga pendidik dan badan bukan kerajaan diajak memberi kerjasama dan sokongan berterusan kepada usaha memajukan anak-anak yatim yang berada di sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Rabu, 16 Mei 2012

ORANG MELAYU DIPERALATKAN OLEH DAP - SATU DEMI SATU DITENDANG KELUAR OLEH DAP


Image Detail
1. Ramai yang gusar dengan kehadiran Melayu ke dalam DAP. Dengan imej keCinaan yang ada pada DAP tentulah sesuatu yang pelik deretan orang Melayu mengisi ruang dalam DAP. Nama seperti Zairil Khir Johari, lulusan Uitm Fairuz Azhan & Dyana, Hatta Watari - mantan Presiden NUJ, Blogger mantan UMNO Dato Ariff Sabri & Aspan Alias dan meletakkan Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebagai Senator dan Naib Pengerusi DAP.

Selasa, 15 Mei 2012

Fast & Furious Di Putrajaya Gerenti Gempak Beb

Kejohanan KBS National Drag Racing Championship adalah adalah perlumbaan secara lurus (Drag Race @ Sprint Test) dengan jarak hanya sejauh 200 meter / 300 meter bermula dari kedudukan pegun 2 buah jentera di lorong masing-masing dari garisan “START” sehingga ke garisan “END”.

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan “END”. Kejohanan ini adalah merupakan acara sukan permotoran Drag Racing (Sprint-Test) Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di seluruh pelusuk tanah air menerusi 8 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta dan motosikal bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi.

Isnin, 14 Mei 2012

Demonstrasi Perkembangan Tidak Sihat Kepada Sistem Demokrasi Negara - Dr Mahathir


Image Detail
KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) -- Langkah pihak pembangkang mengadakan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan, yang dipilih rakyat menerusi proses pilihan raya, hanya akan menjejaskan keharmonian dan keamanan negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tindakan menghalalkan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku baru-baru ini, merupakan perkembangan tidak sihat kepada sistem demokrasi negara, sekaligus menepati kehendak pihak asing yang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Ahad, 13 Mei 2012

UCAPAN PRESIDEN UMNO SEMPENA ULANGTAHUN KE 66

ANWAR IBRAHIM DIBOGELKAN OLEH KARPAL SINGAH ??


GEORGETOWN: DAP mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pendirian rasmi pembangkang bahawa penubuhan negara Islam tiada dalam agenda pakatan itu.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, berkata Anwar juga perlu menyatakan pendiriannya sebagai antara pemimpin utama pembangkang mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Hadi Setuju Perkataan Islam Akan Dilucutkan Daripada PAS! ???

Perkasa mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran Pas menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

SEMANGAT KEMELAYUAN UMNO BANGKIT UNTUK MENENTANG SEBARANG UNSUR KEGANASAN YANG DITIMBULKAN PIHAK PEMBANGKANG ??



KUALA LUMPUR 11 Mei - Kira-kira 120,000 ahli UMNO dan orang ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil serta perkarangannya di sini malam ini bagi menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-66.

Seawal pukul 3 petang lagi, lautan baju merah sudah memenuhi perkarangan stadium.

Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi di hadapan lebih 100,000 anggota UMNO, dianggap sebagai bekalan dan peringatan penting kepada anggota parti itu sebelum pilihan raya umum ke-13.

Khamis, 10 Mei 2012

Masalah kewangan punca utama


Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.

Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010).

Rabu, 9 Mei 2012

AZMIN TAK MELAWAT IBU BERPUNCA DIHALANG OLEH UMNO ???


Agak panjang juga kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bagi mempertahankan dirinya atas dakwaan bersikap derhaka terhadap ibunya.
Dan seperti yang diduga, UMNO yang dipersalahkan. Jalan mudah bukan.

Ahad, 6 Mei 2012

Senarai Kedua Wanted Bersih 3.0 - 42 Orang Lagi TERMASUK ANGRY BIRD


Sebelum ini, polis menyiarkan 49 gambar orang awam termasuk seorang wanita, dan sehingga semalam hanya seorang yang telah tampil untuk membantu siasatan. Sinar

Lelaki berkenaan berumur 39 tahun datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang semalam.


Saya duk perhati gambar dibawah .... TIBA-TIBA perasan satu gambar - NO 5 ! Hei ANGRY BIRD la !!! KLiK

 
 

Jumaat, 4 Mei 2012

SENARAI PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA YANG DIKEHENDAKKI DITANGKAP OLEH POLIS


Sama-sama lah kita membantu PDRM dan Kerajaan untuk menangkap pengkhianat-pengkhianat ini, dengan menyampaikan maklumat kepada polis.

 

Sampaikan sebarang maklumat mengenai pengkhianat-pengkhianat yang dipaparkan itu kepada mana-mana balai polis yang berhampiran dengan segera.

Khamis, 3 Mei 2012

PENGGANAS-PENGGANAS BERSHIT 3.0 SEDANG DIBURU.... TERMASUK UNIT AMAL PAS ??

46 orang suspek Pengganas yang merusuh pada Demo BERSIH 3.0 tempoh hari telah dikenal pasti dan sedang diburu. Dan untuk makluman semua pihak Kementerian Dalam Negeri melalui pihak Polis Diraja Malaysia telah pun membuat beberapa tangkapan bagi setakat ini.

Pihak Polis mengesa orang ramai untuk memaklumkan kepada pihak Polis dengan segara individu yang terlibat dalam keganasan tempoh hari. Jam 3 petang ini pengumuman akan dibuat oleh Ketua Polis Negara.

Rabu, 2 Mei 2012

Arab Saudi siasat Bersih 3.0


KUALA LUMPUR 1 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram itu baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih di lokasi berkenaan.

Selasa, 1 Mei 2012

Orang Melayu yang hadir ke BERSIH3.0 adalah orang Melayu yang bodoh dan mudah terpengaruh


Dalam keadaan santai dan berseloroh, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed membidas tindakan BERSIH3.0 yang dilihat sebagai 'wajah sebenar' Pakatan Rakyat.

Dalam nada berseloroh, Tun Dr. Mahathir berkata bahawa Ambiga harus menjadi Perdana Menteri Malaysia supaya rakyat Malaysia dapat melakukan demonstrasi setiap hari di Dataran Merdeka KL.


Ahad, 29 April 2012

LIHATLAH KEGANASAN YANG DICIPTA OLEH ANWAR IBRAHIM DISOKONG OLEH NIK AZIZ


Apa salahnya polis ini? apa dosanya sehingga begitu teruk sekali dipukul oleh penyokong Anwar. Adakah ini ajaran Islam wahai Nik Aziz (Parti Anjing SeMalaysia, Parti Ajaran Songsang, Parti Ajaran Sesat).


Jumaat, 27 April 2012

FATWA NIK AZIZ MENGENAI BERSIH 3.0



1.Apa itu FATWA,mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ianya bermaksud " keputusan agama yang diberikan oleh alim ulama atau Mufti mengenai sesuatu masaalah dalam hal - hal Keagamaan.

2.Murshidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat,telah mengeluarkan satu FATWA seperti berikut : HARAM JIKA TIDAK MENGHADIRI BERSIH 3.0

Isnin, 23 April 2012

Simpan gambar terkini anak-anak

Image DetailBENTONG 20 April - Ibu bapa diingatkan supaya menyimpan gambar terbaru anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini antaranya kes culik.

Gambar terbaru itu perlu bagi memudahkan kanak-kanak terbabit dikesan pihak berkuasa dan orang ramai jika berlaku jenayah atau kes-kes kehilangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zininberkata, kes melibatkan kanak-kanak banyak menimbulkan kesukaran kepada polis apabila ibu bapa mangsa sendiri tidak menyimpan gambar terbaru anak mereka.

Katanya, gambar anak mereka yang diberikan kepada polis kebanyakannya tidak berkualiti tinggi atau gambar lama sehingga sukar untuk dicam oleh orang ramai.

Sabtu, 21 April 2012

Pulau Bidong destinasi eksklusif Tahun Melawat Terengganu 2013


Kerajaan negeri sedia membenarkan pelancong mengunjungi Pulau Bidong sempena Tahun Melawat Terengganu tahun depan, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Menurut beliau, kunjungan pelancong ke Pulau Vietnam itu perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjaga keindahan alam semula jadi pulau bersejarah itu.

Ahad, 15 April 2012

Angin perubahan berlaku di Selangor – PM


SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Waris Malaya, yang secara rasminya menjadi Sahabat Barisan Nasional (BN) semalam membuktikan golongan muda sentiasa menyokong BN.
“Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?” katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun di sini semalam.

Sabtu, 14 April 2012

HASAD DENGKI DAN KEPENTINGAN PERIBADI PUNCA PARTI PEMBANGKANG MENOLAK BN ???


Image Detail
Kini sudah empat tahun Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menerajui pentadbiran Negeri Terengganu yang berpaksikan slogan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”, menabur bakti kepada seluruh rakyat, tanpa mengira fahaman politik.

Dalam setiap pemberian dan program kerajaan, semua penduduk yang layak, menerima imbuhan tersebut, tidak kira mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional atau pun parti pembangkang.


Rabu, 11 April 2012

Guru perlu lalui penilaian integriti secara berkala - ramai terlibat dengan Parti Pembangkang ????


Image Detail
KUALA LUMPUR 10 April - Kementerian Pelajaran mempertimbangkan kemungkinan setiap guru selepas ini perlu melalui penilaian integriti secara berkala dari semasa ke semasa bagi membolehkan sebarang penambahbaikkan dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi bayangan itu berkata, ia perlu bagi membolehkan aspek kefahaman serta kesedaran mengenai integriti dapat disebar luas kepada warga pendidik.

Selasa, 10 April 2012

MB turun padang beri maklumat sahih

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said turun padang menemui rakyat di segenap tempat termasuk mengadakan majlis pertemuan bersama penjawat awam persekutuan dan negeri bagi menyampaikan sendiri maklumat yang sahih berkaitan dasar, rancangan dan pelaksanaan kerajaan negeri selama ini.

Isnin, 2 April 2012

Laporan penambahbaikan pilihan raya diedar esok


Image Detail

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan diedarkan kepada semua anggota Parlimen (MP) esok.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata bagaimanapun laporan itu dijangka hanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada akhir minggu depan.

Sabtu, 31 Mac 2012

Hot Beb !!! Dua Penyokong PAS Kena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Bendera PAS dan DAP !!!


Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Jumaat, 30 Mac 2012

KDN haramkan tiga buku ajaran Syiah dari Indonesia


Image Detail

KUALA LUMPUR 29 Mac – Tiga buah buku iaitu “Pengantar Ilmu-Ilmu Islam”, “Dialog Sunnah Syi’ah” dan “Tafsir Sufi Al-Fatihah” terbitan Indonesia yang menyebarkan fahaman Syiah diharamkan penjualannya kerana bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.

Khamis, 29 Mac 2012

PAS ( PARTI ANGAN SOKMO ) OMONG - OMONG KOSONG DAN ANGAN-ANGAN MAT JENIN


Image Detail
“PAS menang PRU 13, air percuma 20 meter padu setiap bulan” menarik sekali bunyi Manifesto Pas Terengganu.

Janji palsu itu merupakan sebahagian usaha parti pembangkang itu untuk memancing undi dari penduduk negeri ini supaya menyebelahi mereka.

Tidak sukar menaikkan banting, kain rentang, menghebahkan pelbagai risalah atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi kenyataan seumpama itu bagi tujuan mempengaruhi pengundi supaya ‘memangkah’ calon Pas atau Pakatan Rakyat, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).



Rabu, 28 Mac 2012

723 PELAJAR DARJAH 4 DUN RHU RENDANG TERIMA E-BOOK



Marang 27/03/2012 - Dengan misi mahu membuat lonjakan hebat terhadap penguasaan teknologi maklumat (ICT), langkah demi langkah digerakkan bagi mengubah lanskap pendidikan Negeri Anjung Ilmu, Terengganu. Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Medan Jaya, Rusila, wajah gembira murid, guru dan ibu bapa dirakamkan apabila seramai 723 murid dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menerima agihan e-Book percuma.

Ahad, 25 Mac 2012

Ramli kecewa k'jaan tolak tribunal siasat AG


 
Tindakan kerajaan menolak penubuhan tribunal bagi menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis Tan Sri Musa Hasan dalam dakwaan skandal 'copgate'.


Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, pihak polis, dan kemungkinan tentara juga akan terus bekerja dalam ketakutan ekoran sesetengah pihak dilindungi oleh individu berkuasa.


Sabtu, 24 Mac 2012

Pencapaian SPM calon bandar, luar bandar meningkat


 
Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 seluruh Terengganu mengikut lokasi bandar dan luar bandar mengikut Gred Purata Negeri (GPN) meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu , Encik Hashim Mohd Zin, berkata jurang perbezaan prestasi antara bandar dan luar bandar bagi 2011 ialah 0.47 mata, berbanding 0.47 mata pada 2010.

Khamis, 22 Mac 2012

Program Jejak Inovasi 2012


Image Detail 

Program Jejak Inovasi Peringkat Negeri Terengganu bakal berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC),Kuala Terengganu pada 6 hingga 8 April ini.

Jurucakap program berkata, program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) serta Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...