Rabu, 9 Mei 2012

AZMIN TAK MELAWAT IBU BERPUNCA DIHALANG OLEH UMNO ???


Agak panjang juga kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bagi mempertahankan dirinya atas dakwaan bersikap derhaka terhadap ibunya.
Dan seperti yang diduga, UMNO yang dipersalahkan. Jalan mudah bukan.
Namun, asas dan persoalan pokok masih belum terjawab, Azmin tidak menafikan yang dia sudah hampir setahun tidak balik menjenguk ibunya walaupun jarak pejabat dan rumah ibunya hanyalah 10 minit.
Kalau Azmin boleh menafikan dan membuktikan sejak Aidilfitri tahun lalu, dia ada pulang dan melawat ibunya, maka selesai masalah, tidak ada sesiapa yang akan menuduh beliau derhaka atau apa sahaja.
Maka kekecewaan ibunya juga mungkin satu kekecewaan palsu atau mungkin Che Tom tersilap.
Namun, kalau benar sudah hampir setahun Azmin tak balik melawat ibunya, kat mana pulak salah UMNO atau ibunya atau adiknya Ummi Hafilda?
Jadi soalnya sekarang, anda ada pulang atau tidak melawat ibu anda yang kini sudah pun berusia 78 tahun, yang sudah luluh hatinya dengan sikap anda?
Dalam kenyataan anda tidak menyatakan atau memperjelaskan perkara itu. Sebaliknya ada pihak lain dipersalahkan.
Menyalahkan pihak lain tidak akan mengubah hakikat bahawa anda tidak pulang menjenguk ibu anda sendiri.
Artikel seterusnya - Klik Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...