Sabtu, 3 September 2011

Jurukamera Bernama TV Maut Akibat Terkena Peluru Sesat Di Somalia



KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 40, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, Jumaat petang.

Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro Jumaat malam.

Jumaat, 2 September 2011

Perut gendut hati-hati berhari raya


Image Detail

Hari ini pula Raya masuk hari ketiga. Silap hari bulan kadar kolesterol, gula dan garam menjulang jika anda langgar pantang. Apa tidaknya kalau sayur lodeh, rendang lembu, ayam kurma, kari, kuih-muih sudah jadi santapan harian tak sampai seminggu badan macam dipam-pam.

Nak bersenam pula ikut mood, konon tunggu datang seru. Akibatnya? Badan selalu buat ragam.

Khamis, 1 September 2011

Pemanggil bom palsu ditahan


Image Detail

KUALA TERENGGANU - Bahana terlalu mengikut perasaan dengan membuat panggi­lan­ palsu hingga menyusahkan orang lain, seorang lelaki bakal beraya di dalam lokap.

Ia susulan kejayaan polis menahan seorang lelaki di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur yang dipercayai suspek yang membuat panggilan bom palsu di bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada 24 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditangkap pada 25 Ogos lalu bagi menyelesaikan satu kes lain.

Rabu, 31 Ogos 2011

Gadis remaja masa kini mudah terjebak masalah sosial

Image DetailImage Detail

KUALA LUMPUR: Pemahaman gaya hidup baru yang dianggap moden dengan pergaulan tanpa batasan dan pengaruh budaya barat tanpa tahu membezakan mana yang baik dan buruk adalah punca keruntuhan moral di kalangan gadis remaja kini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja kini daripada terus menjadi kes-kes jenayah. "Kurangnya nilai-nilai murni dalam diri remaja itu menyebabkan punca keruntuhan moral. "Kurangnya didikan agama juga merupakan punca gadis remaja kini senang terjerumus dalam masalah sosial seperti dadah, maksiat, dan menjalin hubungan songsang," katanya kepada Bernama. 

Selasa, 30 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


HANCURKAN MAT SABU - PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA



Marang 29/08/2011 - Semangat juang demi Agama, Bangsa dan Negara, Pertubuhan Pribumi Perkasa Daerah Marang yang diketuai oleh Tim. Ketuanya En. Hamzah Omar mewakili Pengerusi Perkasa Daerah Marang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta seluruh ahli Perkasa Daerah Marang telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Marang pada hari ini 29/08/2011 jam 3.00 petang keatas Tim. Presiden PAS MAT SABU membuat kenyataan biadap dan menghina pejuang-pejuang kemerdekaan. Turut hadir S/Usaha, Ketua Penerangan dan AJK Perkasa Daerah Marang.

Isnin, 29 Ogos 2011

SEMUA PERLU BERSATU AGAR TINDAKAN KERAS DIAMBIL KE ATAS MAT SABU !!!!



Persatuan Bekas Anggota Polis Negeri Terengganu yang mempunyai 4,500 anggota hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dianggap keterlaluan hingga sanggup menghina polis demi mencari populariti.

Pengerusinya Hussin Awang Ngah berkata tindakan Mohamad, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan amat dikesali, sekaligus menunjukkan beliau telah terpengaruh dengan ideologi komunis.

Ahad, 28 Ogos 2011

PAS bercanggah pendirian isu Lynas



Image Detail

Parti persoal tindakan Ahli Parlimen Hulu Langat sokong pembinaan kilang kimia.

Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen PAS itu, sebaliknya beliau hanya perlu tampil bagi memberi penjelasan dan mengeluarkan kenyataan putar-belitnya dengan mengatakan: namun apa yang kita bimbangkan bagaimana sekiranya berlaku bencana alam seperti gempa bumi dan Tsunami, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada orang ramai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...