Sabtu, 7 Mei 2011

Mesyuarat Perwakilan UMNO Marang - 07/05/2011


Mesyuarat Perwakilan UMNO Marang telahpun diadakan di IKBN Wakaf Tapai, Marang, Terengganu bermula jam 2.00 petang yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein. Seramai lebih kurang 500 orang perwakilan hadir di majlis tersebut, yang turut disertai perwakilan Wanita dan Puteri UMNO.

Jumaat, 6 Mei 2011

MANA MARUAH MALAYSIA ... APABILA PENZINA & PELIWAT DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN !




Festival Kenyir Tiga Hari Bermula Hari ini - 06/05/2011


Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan umum dalam suasana penuh kemeriahan sepanjang tiga hari bermula hari ini Jumaat 06/05/2011 dengan berlangsungnya Festival Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dijangka merasmikan festival itu kira-kira jam 10 pagi.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah berkata, pelbagai acara yang sebahagiannya belum disaksikan seperti belon udara panas dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung.
Program anjuran agensi itu dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.

Terengganu Perkenal Pakej Penerbangan Ke Bandung


Syarikat yang mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Bandong, yang akan memulakan perkhidmatan bulan Jun depan, mengenakan kos RM1,688 bagi setiap penumpang.

Kos tersebut bukan saja meliputi tempat penginapan, tetapi setiap penumpang juga akan diberi baucer untuk membeli-belah di sebuah gedung perniagaan di Kota Bandong.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata penerbangan terus yang dikendalikan Syarikat Heritage Air akan dimulakan pada 2 Jun depan di mana pesawat pertama akan berlepas dari Lapangan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, jam 10 pagi.

Khamis, 5 Mei 2011

PANASSS...MENGHALANG PERPADUAN ISLAM ADALAH PENGKHIANAT AGAMA!!!

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Isnin, 2 Mei 2011

Pemimpin Umno, komponen BN terima anugerah khas


Seramai 45 pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional seluruh Terengganu mendapat anugerah khas sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan mereka dalam memartabatkan parti itu demi kepentingan bangsa dan negara.

Anugerah khas yang terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu Tokoh Pemimpin Akar Umbi paling Lama Berjawatan, Kepimpinan Paling Ramai Keahlian, Tokoh Kepimpinan Paling Muda dan Tokoh Pemimpin Wanita Paling Lama Berjawatan.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan anugerah berkenaan sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini, di Majlis Jamuan Rakyat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Ahad, 1 Mei 2011

PM puas hati sambutan rakyat Terengganu


Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melahirkan rasa puas hati terhadap sambutan yang diberikan rakyat Terengganu, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan DUN Manir yang memberi sambutan luar biasa sempena Program Turun Padang beliau ke negeri Terengganu, hari ini.

“Ini menunjukkan rakyat senang hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke beberapa lokasi terpilih di dua DUN berkenaan. Sidang media tersebut diadakan di Pulau Duyong, selepas beliau merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, petang ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...