Sabtu, 30 April 2011

TARIKH KERAMAT UNTUK ANUAR - 16 Sept. PUTRAJAYA dan 16 Mei TARIKH PENENTU KE SUNGAI BULOH

Kali terakhir aku menulis berkenaan dengan Liku Liku Ke Putrajaya ketika berakhirnya isu 16 Sept. yang gagal dan jelas Anwar adalah pembohong yang tegar, sahinga beberapa rakan rapatnya sendiri mendedahkan pembohongan tersebut bukan orang lain.
Walaupun semangat untuk ke Putrajaya masih membuak buak tapi sayangnya terhalang oleh tindakan Anwar sendiri yang menyebabkan jalan ke Putrajaya makin berliku, Tetiba isu Saiful timbul dengan dakwaan “bossnya” telah membontot dirinya dalam keadaan paksa rela. Maksud paksa adalah diketika dia tidak rela untuk di bontotkan dan rela pula ada ketika di merelakan Bossnya membontotkan diri nya. kes ini masih lagi dibicarakan dan sudah sampai ke jalan hujung.

Jumaat, 29 April 2011

Tulisan Jawi Hadapi Bahaya Kepupusan - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Semua pihak perlu bersama-sama menghidupkan semula program membaca dan menulis dalam tulisan Jawi demi memastikan tulisan Melayu tertua itu tidak hilang dan pupus ditelan arus pemodenan sekarang, kata seorang ahli akademik Khamis.

Ketua Jabatan Perpustakaan dan Sains Maklumat Universiti Sains Malaysia Dr Wan Ali Wan Mamat berkata sehingga kini kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran masih menggunakan tulisan Jawi dalam satu subjek di peringkat sekolah rendah dan menengah, bagaimanapun ia masih belum mencukupi.

Khamis, 28 April 2011

Skim Rondaan Sukarela (SRS) bantu kurang jenayah di kampung

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Terengganu (JPNIT) dijangka menambah bilangan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada 82 buah tahun lalu kepada 90 buah menjelang akhir tahun ini.

Pegawai JPNIT daerah Kuala Terengganu, Puan Norma Mohd Nor berkata, jumlah berkenaan bagi kawasan Kuala Terengganu sahaja dan tidak termasuk daerah lain di seluruh negeri.


Skim Rondaan Sukarela (SRS) juga dijangka bertambah kepada 60 daripada 56 tahun lalu,” katanya ketika berucap di majlis Bengkel Pengurusan KRT Zon Utara di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit. 

40,000 rakyat dijangka sertai program lawatan PM


Lebih 40,000 penduduk termasuk urusetia dijangka terlibat dalam lawatan sehari Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 30 April ini (Sabtu).

Rabu, 27 April 2011

KEMUDAHAN ASAS UNTUK ANAK-ANAK MEDAN JAYA


Pembinaan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK) di Medan Jaya, Marang, Terengganu sedang giat dijalankan bermula pada 01/07/2010 dan jangka siap pada bulan Ogos, 2011.  Pusat tersebut dijangka dapat menampung seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanak bagi satu-satu masa.

Selasa, 26 April 2011

Masyarakat Islam mudah putus saudara

Silaturahim dalam kalangan masyarakat Islam hari ini dengan mudah diputuskan akibat sikap suka mengata orang lain. 

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Razali Salleh berkata, silaturahim tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya kerana ia adalah ikatan yang memberi gambaran sama ada orang Islam boleh bersatu atau tidak. 

“Jangan disebabkan perbezaan fahaman politik, masyarakat menjadikan ia penghalang utama untuk bersatu sedangkan tidak ada disebutkan di dalam al-Quran. 

“Justeru, wajar umat Islam mengubah fikiran dan jangan cepat membuat sebarang tindakan yang sebenarnya boleh memberi satu kerugian besar dalam mengukuhkan perpaduan ummah,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutup kursus Kejiranan dan Perpaduan Menurut Islam di pekarangan Masjid Payong Baru, Setiu. 

Isnin, 25 April 2011

AL-FATIHAH - Al-Marhumah Hajjah Tengku Zaharah binti Tengku Abd. Rahman

Al-Marhumah Hajjah Tengku Zaharah binti Tengku Abd. Rahman, 83 tahun telah meninggal dunia pada hari ini jam lebih kurang 9.00 pagi diterataknya D1/309, Lorong 2, Medan Jaya, Rusila, Marang, Terengganu.  Al-Marhumah meninggal dunia kerana sakit tua.

Turut hadir menziarahi jenazah Al-Marhumah Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, serta Dato' KUZA, En. Razali Idris.

Larian pesisir pantai acara baru Kapas-Marang Swimathon tahun 2012


Kerajaan negeri berhasrat menambah disiplin pertandingan `Kapas-Marang International Swimathon’ dengan acara larian sejauh kira-kira 50 kilometer, bermula dari Pantai Rantau Abang ke Pantai Kelulut, Marang, tahun depan.

Ahad, 24 April 2011

Polis Tidak Lagi Bersembunyi Laksana Operasi Trafik


SHAH ALAM, 23 April (Bernama) -- Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...