Kali terakhir aku menulis berkenaan dengan Liku Liku Ke Putrajaya ketika berakhirnya isu 16 Sept. yang gagal dan jelas Anwar adalah pembohong yang tegar, sahinga beberapa rakan rapatnya sendiri mendedahkan pembohongan tersebut bukan orang lain.
Walaupun semangat untuk ke Putrajaya masih membuak buak tapi sayangnya terhalang oleh tindakan Anwar sendiri yang menyebabkan jalan ke Putrajaya makin berliku, Tetiba isu Saiful timbul dengan dakwaan “bossnya” telah membontot dirinya dalam keadaan paksa rela. Maksud paksa adalah diketika dia tidak rela untuk di bontotkan dan rela pula ada ketika di merelakan Bossnya membontotkan diri nya. kes ini masih lagi dibicarakan dan sudah sampai ke jalan hujung.
Dengarnya 16 Mei ini adalah tarikh penentu sama ada Boos nya itu perlu bela diri atau di bebaskan, jika perlu bela diri maka bossnya perlu lah bersedia dengan hujah untuk membela diri bahawa air mani dalam bontot Saiful bukan air mani nya dan segali gus menafikan kecanggihan teknologi sains masa kini ia itu menafikan kesahihan DNA yang menjadi bukti kesahehan pemilik, DNA ialah singkatan kepada asid deoksiribonukleik, satu molekul penting bagi semua sel hidup dan ianya berbesa bagi setiap orang dan ketepatannya adalah 100%.
Didalam kesibukan makamah bergelut dengan isu sodomi yang tertuduhnya terkenal dengan ‘spinning’ dan pakar didalam ‘deviation’ dan ‘ilusion’, tetiba timbul pula isu video sex terlampau yang asalnya hanya beberapa orang tertentu sahaja yang “bernasib baik” menjadi penontong pertama di sebuah hotel kelas menengah dan bangsawan di Kuala Lumpur.
Video yang di bawakan oleh ‘Dato T’ ia ini gabungan tiga orang sahabat bergelar Dato dan kebetulan bersahabat baik sekian lama dan mempunyai hubungan perniagaan diantara satu dengan lain juga kebetulan mereka bertiga ini pernah berkhidmat didalam kerajaan membuatkan isu ini di lihat sebagai satu lagi konspirasi kerajaan untuk menyingkir Anwar Ibrahim dari menjejakkan kaki ke Putrajaya.
Kebetulan pula isu nya timbul di ketika Sarawak sedang bersiap sedia untuk menghadapai pilihan raya Negeri.
Yang menarik, pelakun didalam video itu tidak lah di kenal pasti secara jelas cuma ianya dikatakan ” Seakan akan” maknanya belum pasti dan benar sah. Diketika aku menghubungi seorang rakan media yang “kebetulan” dapat menonton tayangan ‘awal’ di Hotel kelas menengah tersebut beliau mengatakan ” adalah terlalu samar, walaupun kelihatan macam dia” aku faham jawapan nya kerana sahabat ini adalah pro kepada pelakun yang mirip saling tak tumpah saperti ‘Ketua Pembangkang” Malaysia senang cakap saling tak tumpah macam Anwar Ibrahim yang menjadi perlakun utama didalam video tersebut.
Maka bermulalah apisod nafi menafikan, pemunya menafikan ianya adalah projek terancang, si pelakung manfikan itu adalah dirinya dengan pelbagai bahan di jadikan alasan dan bukti termasuklah waktu dan masa di sidang maya dan laman jaringan sosial saperti Twitter dan Facebook, sahingga isu perut boncit pun di jadikan bahan.
Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan sahingga akhirnya Pihak berkuasa mengambil jalan tengah untuk siasat akan kebenaran jalan cerita video tersebut.
Timbul pula alkisah bila mana satu persoalan pula timbul, kes ini hendak di baca di bawah akta apa? penyebaran video lucah? perlakun video lucah? menonton video lucah? jika menonton jadi isu maka ramailah yang akan merasai tidor didalam “lock up”, jika tanyangan jadi kes maka Dato T akan merasi tidor di penjara kerana menanyang video lucah.
Ada yang berkata Dato T perlu di tahan atas kesalahan menanyang video lucah, ada pula yang berkata mana yang penting? pelakun aksinya atau penayangannya? Saperti kes di Indonisia dimana sepasang kekasih (juga terkenal di negara mereka) yang melakukan aksi terlampau di jatuhkan hukuman kerana beraksi lucah dan menontongkannya, tetapi berbeza dengan kes yang berlaku di Malaysia ini.
Kerana pendedahan atau tanyangan yang di buat ada kaitannya dengan keselamatan negara dan oleh kerana merasakan mereka ini bertanggung jawab menyelamatkan negara dari sesaorang yang di jadikan bahan peras ugut sekiranya menjadi peneraju utama negara. Maka perlu perlakun video terlamapu ini di halang dari menjadi peneraju utama negara itulah matlamat Kumpulan ‘Dato T”.
Pelbagai perkara menarik yang berlaku, saperti si mirip perlakun membuat laporan polis terhadap sebaran video tersebut dan sidang media juga di jadikan tempat untuk menafikan yang pelakun itu adalah Anwar Ibrahim, sahinggakan ada penyokong kepada si ‘mirip’ pelakun membuat demo bantahan ke pejabat salah seorang Dato T di jalan Ampang.
Di ikuti dengan Road show si mirip pelakun tadi yang menafikan bahawa pelakun video itu adalah dirinya dan saperti biasa mengalihkan isu ini kepada konspirasi Dato Seri Najib untuk menamatkan kerea politik Anwar Ibrahim.
Episop menarik bila mana si mirip pelakun tadi bertengkar dengan beberapa orang wartawan yang menjalankan tugas demi menegakkan benang yang basah, bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi telah berjaya memusingkan lensa kepada isu lain walaupun sasaran utama teropong tetap pada fokus utamanya si Anwar Ibrahim.Soalannya mengapa perlu bertengkar dengan wartawan yang menjalankan tugas bukankah Anwar sendiri yang melalungkan kebebasan bersuara?.
Yang terbaru bila mana seorang wartawan bertanya berkenaan dengan bersumpah laknat, maka dengan nada marah beliau mengatakan “ini you pakai hukum mana?” ini sudah pasti ada wartawan yang tidak mampu menjawab kerana tiada bahan rujukan di ketika itu.Apa salahnya untuk bersumpah laknat? benar tiada didalam hukum tetapi anggap sahaja ianya sebagai satu keazaman dan keyakinan diri untuk membuktikan yang diri kita berada didalam keadaan ‘benar’ bak kata orang orang tua “Berani kerana benar” ini soal tahket kepada keberanian hati untuk mengaku kebenaran dan jalan mudah untuk meyakinkan orang ramai bahawa diri kita itu benar dan tidak bersalah
Saperti mana keyakinan kita kepada Allah melalui lafas ” Lil lah hi’ tak’ allah” dan keyakinan kita kepada rasullulah melalui lafas “Muhammad da’ rasul lul’ Allah”
Episop ngeri pula terjadi baru baru ini bila aksi video sex pelakun yang mirip Anwar Ibrahim telah di muat naik melalui sidang video internet. Hampir seluruh dunia dapat melihat aksi terlampau tersebut dan gerak geri tindakan pelakun juga jelas ( terutama kepada mereka yang mengunakan monitor HHD atau HDS Screen). Aksinya tak perlulah aku tulis disini.
Beberapa hari yang lalu aku sempat bertemu dengan kumpulan Trio Dato T di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur, dan mereka telah dengan jelas memaklumkan pada aku perkara yang benar terjadi dan sanggup melakukan sumpah laknat, dan salah seorang dari Dato T telah memaklumkan bahawa dia berani bersumpah kerana dia sendiri berada ketika itu didalam bilik tersebut ( jelas kelihatan episod Dato ini mundar mandir di awal tayangan) dan beliau juga berjanji akan menjemput aku untuk melakukan sumpah laknak jika perlu di lakukan.
Soalan yang ditanya kepadanya mengapa disiarkan video ini dan apa motifnya? jawapannya mudah, dia telah menasihatkan si perlaku agar ‘cukup’ dan ‘sudah sudahlah’ dari melakukan perkara tersebut kerana dikuatiri akan menjadi ancaman, bila di lihat bahawa si perlaku tiada menampakan untuk mengubah atau berhenti dari melakukan perkara tersebut adalah menjadi tanggung jawabnya untuk menghentikan perkara tersebut demi Agama dan Negara.
Dengarnya ketiga Dato T, telah menghadirkan diri untuk melakukan sumpah laknat di sebuah Masjid di Sentul selepas solat Jumaat siang tadi, sama sapertimana yang mereka janjikan pada aku tempoh hari, cuma aku tidak dapat hadir kerana berada di Shah Alam diwaktu yang sama. Dengar kata kecoh juga sebelum masa acara diadakan oelh penyokong Anwar Ibrahim. Mengapa pula acara perlu dihalang? biarlah Dato T bersumpah. Nampaknya perkara bersumpah ini mejadi mimpi ngeri buat Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi.
Maka kelihatan bertambah berlikulah lagi jalan untuk ke Putrajaya terebut, Walaupun dengan dengan baki semangat yang ada dan sokongan yang kian rebah…
orait aku berhenti disini dahulu dah panjang sangat aku tulis nanti timbul kebosanan pembaca pula,lagi pun malam ini akan bertemu dengan Anwar Ibrahim di Ampang.. insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan