Jumaat, 14 Oktober 2011

iHeal Medical lakar sejarah bedah jantung




HOSPITAL yang dibangunkan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWT), iHeal Medical Service Sdn. Bhd. (iHeal Medical) melakar sejarah dalam menawarkan perkhidmatan perubatan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pertama hari ini.

Khamis, 13 Oktober 2011

PERTANDINGAN KARAOKE APMT PARLIMEN MARANG 2011



Wakaf Tapai 12/10/2011 - Pertandingan Karaoke peringkat APMT Parlimen Marang 2011 berlangsung di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, bermula jam 9.00 malam.  Seramai 27 kakitangan APMT terlibat dan dibahagikan kepada beberapa kategori yang ditetapkan. Pemenang-pemenang akan mewakili APMT Parlimen Marang ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Nov, 2011 di Dewan Universiti Malaysia Terengganu.


SUKAN APMT PARLIMEN MARANG 2011



MARANG 12/10/2011 – Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim semua kakitangan APMT seluruh negeri Terengganu khasnya APMT Parlimen Marang, maka program SUKAN APMT 2011 telah pun diadakan pada hari ini 12/19/2011 bermula jam 9.00 pagi di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu.  Program dipengerusikan oleh En. Anuar bin Yahya dan dibantu En. Anuar bin Ali serta AJK-AJK yang dilantik bagi menjayakan program sukan yang telah diatur.


Rabu, 12 Oktober 2011

Penjawat awam perlu tekun dan berhemah


“Kejayaan sesebuah kerajaan terletak pada khidmat dan tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam,” kata Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Katanya, penjawat awam merupakan sebahagian daripada jentera kerajaan bagi menguruskan pentadbiran dan berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan orang awam.


Selasa, 11 Oktober 2011

Rakyat Terengganu diajak menyertai Kempen Jom Boikot

Image Detail

Kempen Jom Boikot akan digerakkan jika peniaga di negeri ini didapati masih berdegil meletakkan harga yang tinggi dan membebankan penggna.

Berikutan itu, Kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), persatuan pengguna di peringkat daerah sedia bertindak jika mendapati peniaga masih berdegil.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, pihaknya akan mengenalpasti kedai atau premis yang menaikkan harga barang-barang kawalan dari masa ke semasa.

Isnin, 10 Oktober 2011

Pembahagian E-Book kepada pelajar-pelajar darjah 4 kawasan DUN Rhu Rendang



Marang 10/10/2011 - Majlis Penyerahan E-Book kepada pelajar-pelajar Darjah 4, Sekolah-Sekolah Rendah kawasan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, Marang pada hari ini 10/10/2001 mulai jam 2.30 petang. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dan turut hadir Pengarah Pelajaran Terengganu En. Razali bin Daud.

Ahad, 9 Oktober 2011

Harga tiket perlawanan suku akhir dinaikkan


Image Detail

Harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara pasukan Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Isnin depan (10 Oktober), akan dinaikkan.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata harga tiket bagi tempat duduk berbumbung dinaikkan kepada RM25 berbanding RM20 sebelum ini manakala bagi tempat duduk terbuka RM15 (harga lama RM10).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...