Jumaat, 3 Februari 2012

PPK Marang nikmati hasil tahun ini

Image Detail
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Marang dijangka memperolehi hasil pertama projek tanaman kelapa sawit di Bukit Tebuang, Kampung Jenang Marang, tahun ini.

Pengurus Besarnya, Encik Ahmad Anuar Abdullah, berkata 50 peratus daripada 1,110 pokok kelapa sawit yang melibatkan kawasan seluas 7.5 hektar sudah pun mengeluarkan hasil, manakala 50 peratus lagi dijangka mengeluarkan hasilnya pada tahun depan.

Khamis, 2 Februari 2012

Belanja RM200 ribu bekal peralatan pengukuran terkini


Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM200,000 setahun bagi membekalkan peralatan pengukuran terkini kepada Pegawai Tanah (SO) di negeri ini bertujuan mengukur setiap keluasan tanah.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pengunaan alatan yang dikenali sebagai `Total Station’ dan Global Positioning System (GPS) selaras dengan perubahan teknologi semasa.

Rabu, 1 Februari 2012

Hasan Ali Menyerang Dan Dedahkan Raja Parasit Dan Pelesit PAS.


Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menjadi semakin ganas dan menyerang dan mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad adalah batu penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri.

Hasan hairan dan tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas sendiri menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

Selasa, 31 Januari 2012

Program Jalinan Rakyat Wanita UMNO Marang


Kira-kira 3000 orang hadir ke program Jalinan Rakyat anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kelmarin.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Toh Puan Hajjah Zaitun Mat Amin; Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman; Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda dan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Isnin, 30 Januari 2012

Usah amal budaya fitnah – MB

Penulis blog di negara ini diingatkan supaya menghindari budaya fitnah kerana ia bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi merugikan negara dan penduduk tempatan.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata masyarakat tempatan memang mudah terpengaruh dengan berita-berita berunsur fitnah yang dimuatkan dalam pelbagai blog.

Ahad, 29 Januari 2012

Ketegasan Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan disiplin lebih awal terhadap pemimpin serta ahli yang mensabotaj parti disokong


Ketegasan Majlis Tertinggi UMNO untuk mengambil tindakan disiplin lebih awal terhadap pemimpin serta ahli yang mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, mesej tersebut jelas menunjukkan bahawa sudah tiba masanya setiap pemimpin serta ahli memandang serius hubungan dalaman parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...