Sabtu, 14 Januari 2012

Pemilik tanah perlu bayar cukai

Image Detail

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) menyarankan pemilik tanah membuat pembayaran cukai tanah dengan segera bagi mengelak dikenakan denda dan tanah mereka diambil balik oleh kerajaan negeri.

Pengarah PTG Dato’ Haji Tuan Mamat Tuan Ngah, berkata cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan boleh dikenakan denda lewat bayar.

Katanya, pemilik tanah akan diberi surat peringatan untuk tempoh tertentu sekiranya mempunyai rekod lewat bayar dan tunggakan.


Khamis, 12 Januari 2012

Bayar cukai elak tanah dirampas

Kerajaan negeri menyarankan semua pentadbir tanah di negeri ini supaya melipat gandakan usaha dengan menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 85 peratus pemilik membayar cukai tanah.

Berdasarkan rekod Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG), sebanyak 25,047 hak milik dikesan gagal mambayar cukai walaupun pelbagai pendekatan dilaksanakan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sehubungan itu, pihaknya meminta individu berkaitan prihatin mengenai pembayaran ini bagi mengelak tunggakan dan didenda lewat bayar.

Selasa, 10 Januari 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI RUMAH PPRT DUN RHU RENDANG

Marang 10/01/2012 - Majlis Penyampaian Kunci Rumah PPRT DUN Rhu Rendang berlangsung di kawasan Perumahan Perpindahan Sungai Kerak Fasa 3, Marang, Terengganu. Majlis perasmian serta penyampaian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir dimajlis tersebut, Penolong Pegawai Daerah Marang, Penghulu Mukim serta Pengerusi JKKK, Ketua Wanita serta penerima bantuan dan penduduk setempat.

Isnin, 9 Januari 2012

Kenyataan Rasmi Kerajaan Malaysia Berhubung Pembebasan Anwar

Kenyataan Rasmi Kerajaan Malaysia Berhubung Pembebasan Anwar
KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia merupakan satu gelombang dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahad, 8 Januari 2012

Hasan: Saya terkejut tindakan drastik Pas

SHAH ALAM - Datuk Dr Hasan Ali terkejut dengan keputusan Pas memecat beliau dari parti itu dengan serta-merta sambil menyifatkannya sebagai tindakan "drastik."
"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dihantar sekitar 5.30 petang ini.
Lebih dua jam lalu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan keputusan pihaknya memecat Hasan berkuat kuasa serta-merta.

DS HADI DAN LIM KIT SIANG BERDOA AGAR ANUAR DIPENJARAKAN !!!


PAS mengharapkan Anwar dipenjarakan kerana beberapa sebab.
  1. Pertama dalam perbincangan kepalabapa-kepalabapa Pkr, Pas dan Dap telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU 13.
  2. Pas merupakan komponen parti Melayu yang terbesar berbanding Pkr. Oleh itu Pas berharap jika Anwar masuk penjara, peluang Hadi Awang untuk menjadi Perdana Menteri semakin cerah dan memadamkan resolusi bersama yang telah ditetapkan.
  3. Pas tidak boleh mencapai cita-cita tanpa sokongan Dap. Oleh itu Dap perlu digunakan oleh Pas untuk meraih undi orang Cina.
  4. Dap pula akan bersikap look and learn , mana untung dia kaut. Dap sedar bahawa kaum Cina adalah penyokong tegar mereka, penduduk cina hanyalah 24 % dan tidak mungkin jika 100 % cina mengundi Dap pun mereka tidak akan dapat tubuhkan kerajaan .  Oleh itu sokongan Pas diperlukan. 
  5. Lim Kit Siang pun boleh pasang angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Dap yang pertama. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...