Isnin, 9 Januari 2012

Kenyataan Rasmi Kerajaan Malaysia Berhubung Pembebasan Anwar

Kenyataan Rasmi Kerajaan Malaysia Berhubung Pembebasan Anwar
KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia merupakan satu gelombang dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

”Gelombang terkini  itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan khas mewakili kerajaan Malaysia berhubung pembebasan Anwar di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi pagi tadi membuat keputusan tidak bersalah terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes berkenaan.
Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.
Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...