Jumaat, 27 April 2012

FATWA NIK AZIZ MENGENAI BERSIH 3.0



1.Apa itu FATWA,mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ianya bermaksud " keputusan agama yang diberikan oleh alim ulama atau Mufti mengenai sesuatu masaalah dalam hal - hal Keagamaan.

2.Murshidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat,telah mengeluarkan satu FATWA seperti berikut : HARAM JIKA TIDAK MENGHADIRI BERSIH 3.0

3.Menteri Besar Kedah Dato Seri Ustz Azizan Razak berkata EXCO Kedah telah meluluskan Rang Undang Undang Mufti dan Fatwa Kedah (Pindaan) 2012 .Petikan Seksyen 22A ".Walauapaun undang undang bertulis atau rukun undang undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak,TIDAK BOLEH DICABAR,DIRAYU,DISEMAK,DINAFIKAN ATAU DIPERSOALKAN DALAM MANA MANA MAHKAMAH SIVIL ATAU MAHKAMAH SYARIAH.

4.Mufti Kedah berkata "sesuatu fatwa boleh dipinda mengikut kesesuaian masa dan ia bukan statik. Fatwa bukan suatu hukuman,ia pandangan tentang hukum agama.Kita bagi pandangan sesuatu isu,contohnya merokok,fatwa setiap negara berbeza"

5.Mufti Perlis ,Dr Juanda Jaya mengkritik Rang Undang Undang Mufti dan Fatwa Kedah dengan berkata " undang undang ini adalah BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP ISLAM, Kerajaan Negeri pimpinan Pas Kedah seolah olah mahu menjadi sebuah kerajaan TEOKRASI (KERAJAAN ARAHAN PADERI) BUKAN KERAJAAN PROGRESIF SEBAGAIMANA YANG SELALU DIUAR-UARKAN OLEH PAKATAN PEMBANGKANG"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...