Sabtu, 19 Mei 2012

Harussani anggap PAS "tekong" perpecahan


Post Pic
SHAH ALAM: PAS kini dianggap sebagai 'tekong' perpecahan kepada masyarakat Islam ekoran tindak-tanduk parti itu yang semakin hilang kewarasannnya dalam perihal yang diterjemahkan kepada rakyat.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria berkata kewarasan PAS itu kini jelas boleh dibanding ketika parti itu mula-mula ditubuhkan.

"Akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah -olah menjadi `tekong' kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu," katanya dalam temubual Agenda Daily.

Harussani selain itu berkata terdapat banyak lagi perkara yang dilakukan PAS kini tidak mencerminkan kepimpinan yang boleh dicontohi masyarakat Islam sebaliknya menyemarakkan lagi perpecahan.

"Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS  merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.

"Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagainya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu.. Kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahawa (demonstrasi) BERSIH 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.

"Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam.. . Dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan" ujarnya.

Justeru katanya, dengan tindak-tanduk PAS yang sedemikian rupa menjadikan masyarakat Islam di negara ini makin mundur.

"Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah ...itu satu perkara yang bertentangan. Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan," katanya.

Harussani dalam pada itu turut meminta masyarakat Islam di negara ini berhati-hati dalam mentafsirkan sesuatu yang berkait dengan agama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...