Selasa, 15 Mei 2012

Fast & Furious Di Putrajaya Gerenti Gempak Beb

Kejohanan KBS National Drag Racing Championship adalah adalah perlumbaan secara lurus (Drag Race @ Sprint Test) dengan jarak hanya sejauh 200 meter / 300 meter bermula dari kedudukan pegun 2 buah jentera di lorong masing-masing dari garisan “START” sehingga ke garisan “END”.

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan “END”. Kejohanan ini adalah merupakan acara sukan permotoran Drag Racing (Sprint-Test) Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di seluruh pelusuk tanah air menerusi 8 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta dan motosikal bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi.

Kejohanan ini merupakan program perlumbaan Drag Racing yang terunggul di Malaysia yang menggunakan sistem “Profesional Portatree Drag Racing Timing” beserta sistem aplikasi software & peralatan canggih sensor yang diiktiraf sepenuhnya oleh diiktiraf oleh badan FIA (Federation Internationale de I’Automobile).

Kejohanan ini juga bertindak sebagai platfom bagi membantu pihak-pihak Penaja dan Kementerian Belia & Sukan dalam mengenal pasti serta melahirkan pasukan-pasukan permotoran yang berpotensi bagi mewakili Malaysia di peringkat yang lebih berprestij iaitu Perlumbaan Asean Drag Racing yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun 2013 kelak.

Artikel seterusnya baca disini: Klik Segera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...