Sabtu, 25 Februari 2012

Pendapatan isi rumah sehingga RM3,000 layak pohon RMR1M


Image Detail

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.

"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ”Industrialised Building System” (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon,” katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini.

Najib menarik perhatian bahawa, program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...