Rabu, 15 Februari 2012

MB ingatkan JKKK elak cipta masalah menjelang PRU-13



Dato’ Seri Ahmad Said mengingatkan semua pengerusi dan kempimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya tidak mencipta masalah yang boleh memberi kesan kepada kekuatan Barisan Nasional (BN).

Kata Menteri Besar, kesepakatan dan perpaduan dalam badan itu sangat penting ketika gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin jelas kedengaran dan sudah dapat dirasai ketika ini.
“Untuk memastikan kemenangan pada PRU-13 ini, semua kepimpinan JKKK perlu turun ke gelanggang dengan semangat untuk menang dan bukan untuk mencipta masalah.


"Maka untuk menjamin bahawa kita boleh menang, kita perlu membuat persiapan secara menyeluruh termasuk tidak mencipta masalah,'' katanya.

Dato’ Seri Ahmad yang juga Pengerusi BN negeri menambah, persiapan yang dimaksudkan beliau itu termasuk mengelak perbalahan sesama sendiri, tidak mewujudkan puak dalam parti serta cantas-mencantas kerana rasa tidak puas hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...