Sabtu, 7 Januari 2012

Signifikan 901

Hasan ali pc

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh musuh politik Anwar yang mengatakan ketua pembangkang itu menjadikan agenda peribadinya sebagai isu nasional.

Ini turut dinyatakan oleh Exco Selangor, Datuk Hasan Ali yang turut menasihatkan rakyat agar tidak hadir dalam perhimpunan pada 901.

Sebenarnya, BN juga tahu, keputusan mahkamah pada 9 Januari ini bukanlah isu peribadi Anwar semata-mata.
Ia adalah simbol kepada runtuhnya kebebasan sistem kehakiman negara yang telah berlaku semenjak kes pemecatan Tun Salleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara oleh Dr Mahathir.

Isu peribadi tidak akan mampu menghimpunkan ribuan rakyat untuk menyatakan solidariti. 

Anwar adalah tokoh yang mampu menyatukan rakyat dari segenap lapisan masyarakat untuk melawan ketidakadilan dalam negara.

Sebab itu kita boleh lihat, walaupun Anwar telah ditinggalkan oleh ramai bekas penyokongnya seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, S Gobalakrishnan, N Nalakaruppan, Salehuddin Hashim, Lokman Noor Adam dan ramai lagi – beliau masih lagi mampu bertahan.
rpk utusan interview 010112
Tidak dapat dinafikan terdapat pengikut-pengikut setia Anwar yang digelar “Anwarista”. Mereka ini seperti juga peminat-peminat setia kepada penyanyi atau pelakon popular yang akan tetap setia kepada idola mereka. Mereka ini hidup dan mati akan bersama Anwar.

Terdapat juga yang bersama Anwar kerana mengharapkan imbuhan dan ganjaran. Terbayang jawatan yang bakal dilantik atau kontrak bakal diterima jika Anwar menjadi PM. Golongan jenis ini boleh dibeli apabila kena “harganya”.

Akan tetapi, majoriti berada di belakang Anwar pada ketika ini adalah golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan cuma “menggunakan” pengaruh Anwar untuk melawan segala ketidakadilan dan kezaliman dalam negara pada hari ini.

Mereka terus berada bersama Anwar kerana “api” perjuangan yang dibawanya. Golongan ini tidak mampu dibeli kerana mereka jelas mengapa mereka bersama Anwar.
NONE
Golongan ini akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan dengan niat untuk menjadi calon pilihanraya dalam PRU akan datang atau mengharapkan dilantik menjadi ahli majlis jika PKR menang.

Mereka berada di mahkamah untuk menunjukkan solidariti mereka kepada seorang pemimpin yang membawa api perjuangan untuk melawan ketidakadilan. BN tahu tentang ini dan sebab itu mereka takut dengan mimpi ngeri yang bakal berlaku pada 901 ini.

Seperti apa yang dikatakan oleh Ku Li, jika Anwar tidak dipenjarakan, Umno akan hancur. Jika Anwar dipenjarakan, simpati rakyat terhadap PKR dan PR akan semakin meningkat.

BN kini tersepit dalam keadaan “di kiri ada duri, di kanan ada racun, di depan ada lubang dan di bekalang ada gaung”. Mereka sudah di “check mate”. Apa sahaja keputusan pada 9 Januari nanti, tidak akan membantu memulihkan imej BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...