Menjelang 16 Mei, di mana Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan penting berkenaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR itu sedang giat melancarkan kempen munajat rakyat.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin dijangka akan membuat keputusan pada jam 9 pagi, di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, sama ada wujud prima facie atau tidak kes liwat tersebut.
Jika hakim mendapati wujud prima facie, maka Anwar akan diminta untuk membela diri dan jika hakim berpendapat tidak wujud prima facie, maka Anwar akan dibebaskan.
“Jemputan Munajat Rakyat Menolak Fitnah Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily(Syria) Dan Pimpinan Pakatan Rakyat; PAS bersama Anwar!, demikianlah bunyi sms yang baru diterima oleh seorang rakan PAS daripada Hulu Kelang”, lapor blog Gelagat Anwar.
Namun blog itu tidak menjelaskan lanjut berkenaan bentuk Munajat Rakyat itu sama ada solat hajat, doa atau ceramah politik.
“Dimaklumkan bahawa Anwar sedang berusaha keras untuk mengajak Sheikh Wahbah bersama ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada hari Isnin nanti.
“Sheikh Wahbah diminta oleh Anwar menjadi ‘saksi kezaliman perundangan’ di Malaysia; seterusnya membuat FATWA bahawa Anwar adalah insan MAKSUM lagi BERSIH daripada sebarang kelemahan”, lapornya lagi.
Menurutnya usaha meletakkan Anwar sebegai maksum bukanlah perkara baru. Isterinya sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah meletakkan suaminya sebagai ANUGERAH TUHAN yang membawa maksud Anwar merupakan manusia paling istimewa berbanding seluruh umat manusia.
“Pada tahun 1998, di halaman rumah lama Anwar di Damansara Heights, Dr Hasan Ali pernah mengatakan Anwar adalah ‘NABI’ yang dihantar kepada umat Melayu.
“Boleh Dr Hasan Ali nafikan bahawa dia pernah mengatakan perkara tersebut ?”, soal blog itu.
Menurutnya, Anwar menggunakan tokoh-tokoh ulama antarabangsa sebagai perisai politiknya sejak dari zaman penubuhan IKD (Institut Kajian Dasar) lagi.
IKD ditubuhkan sebaik sahaja Anwar menyertai UMNO, sebagai badan pemikir untuk mengukuhkan kedudukan politik Anwar dan tokoh-tokoh ulama antarabangsa digunakan untuk menunjukkan beliau lebih Islamik daripada tokoh-tokoh PAS.
“Sejak dari zaman IKD lagi, golongan ULAMA’ antarabangsa akan sentiasa menjadi PAWN kepada perancangan politik Anwar..Anwar menggunakan Fathi Yakan, Dr Yusof al-Qaradawi dan ramai lagi kumpulan ulama’ untuk meletakka dirinya sebagai PEMIMPIN ISLAM luar biasa.
“Dalam siri Asian Renaissance, pernah (Allahyarham) Dr Fathy Yakan diberikan bayaran sehingga RM30,000 untuk satu sesi memberikan pandangan selama setengah jam! Ini perkara biasa buat IKD pada suatu ketika”, lapornya lagi.
Menurut blog itu usaha Anwar menggunakan ulama antarabangsa sebagai usaha terdesak untuk menutup kelemahan dan kelanjuran yang dilakukannya.
“Bab menjual ULAMA’ untuk menjaga ‘boxer putih’ dan dosa ‘China DOLL’ ini adalah perkara terburuk yang Anwar lakukan. Munajat RAKYAT hanya menjadi ‘tagline’ kepada usaha membersihkan dosa SODOMI dan ZINA Anwar. Wajarkah begitu?
“Apakah Anwar tidak menghina ULAMA’? Apakah Anwar tidak merendahkan martabat ULAMA’ sehingga terpaksa menjaga airmuka Anwar yang kotor dan berdebu?
“Kita mohon Anwar supaya INSAF dan tidak MENGGADAI maruah ULAMA’ dengan serendah itu. Cukuplah dengan dosa peribadi yang ada. Kita takut malam ini; satu STADIUM menjadi saksi; ULAMA’ akan meletakkan Anwar di tahap yang MAKSUM dan tiada DOSA!”, lapornya lagi. Klikdi sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan