Isnin, 9 Mei 2011

UCAPAN YB DATO SERI HISHAMUDDIN BERBAU PERKAUMAN ???



Perhimpunan perwakilan UMNO Bahagian Marang telahpun selesai dalam suasana yang ceria.  Namun disetiap jiwa perwakilan UMNO Bahagian Marang tetap terpahat serta menyakitkan hati diatas ucapan perasmian yang disuarakan  oleh Naib Presiden UMNO YB Dato’ Seri Hishamuddin.

Sebagai Naib Presiden UMNO tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan yang begitu pedih serta menyentuh disanubari disetiap perwakilan UMNO Bahagian Marang bahawa biarlah DUN Rhu Rendang dipegang oleh PAS, manakala kita (UMNO) perlu mengambil alih pimpinan di BAHAGIAN PARLIMEN saja !!!!.  Adakah ini bentuk nasihat atau semangat yang dikeluarkan oleh seorang pemimpinan yang disanjung ????




Di pihak akar umbi UMNO Bahagian Marang  sejak PRU ke 12, telah berusaha dengan sepenuhnya untuk mengembalikan kepercayaan pengundi parti pembangkang keatas BN khasnya UMNO, dengan tidak mengira penat dan lelah sehinggalah ke hari  ini, tapi sebaliknya apa yang terpancul keluar dari mulut seorang Naib Presiden UMNO sungguh menyedihkan...... penat lelah tidak diambil kira..... sokongan tidak dipadukan.... hanya mementingkan sokongan daripada orang perseorangan.


Sebagai Naib Presiden tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dalam ucapannya perlu menyokong seorang individu dalam pemilihan perwakilan G7 UMNO Bahagian Marang.  Berulang-ulang kali kenyataan tersebut dikeluarkan agar perwakilan perlu menyokong rakan baik beliau.

Itulah yang menyebabkan perwakilan yang hadir termasuk Ketua-Ketua Cawangan  UMNO Bahagian Marang berasa terkilan serta hambar di majlis tersebut  dan jika perkara sedemikian berterusan, alamat lah...dan akan dapat melihat nasib UMNO dimasa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...