Isnin, 11 Julai 2011

Ustaz Zamri TV9 Pun Join BERSIH jugak !!!


Foto diatas merupakan gambar Ustaz Zamri  Mari Mengaji di TV9 semasa dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai baru-baru ini.Aku pun pelik kenapa la ramai pulak selebriti cuba nak menceburkan diri dalam hal-hal macam ini.Dulu,Wardina Safiyyah yang dihentam oleh pelbagai pihak kerana dikatakan menghadiri satu program bersama PKR dan menyokong mereka.



Kini pulak Ustaz ini yang terkenal dengan trademarknya"Mantop" dalam program Mari Mengaji cuba-cuba nak terjun dalam hal-hal demonstrasi seperti ini.Pada pandangan aku la, Sebagai seorang ustaz yang bertugas melalui ruang media bagi menyampaikan seruan dakwahnya kepada masyarakat seharusnya bersikap neutral dan tidak memihak kepada sesiapa kerana dikuatiri ia akan disalahtafsirkan oleh segelintir pihak bertujuan hendak merosakkan peribadi beliau.Jadi, sebagai seorang Da'ie ,ustaz mestilah sedia maklum dalam islam tidak ada sebarang dalil ataupun nas yang sorih yang membolehkan demonstrasi ini dihalalkan walaupun apa sekalipun tujuannya  tanpa melihat kepada cara dan bagaimana islam mengajar kita cara menegur pemerintah.

Mengikut hadis Nabi, cara yang paling sesuai menegur atau membetulkan kesilapan pemerintah secara tertutup.Ini yang aku dengar dari beberapa orang ustaz dan guruku sendiri.Aku pun malas nak ulas panjang sangat tentang hal ini kerana ustaz lebih tahu dan faham tentang maslahah ini.

Jadi pembaca nilailah sendiri apa akan jadi jika golongan ulama digunakan oleh puak-puak manusia yang bertopengkan syaitan ataupun dalam bahasa arabnya "As-syaitan linnnas" dalam menghalalkan cara dan tujuan jahat mereka hendak menumbangkan pemerintah islam sendiri,Nauzubillahi Minzalik..moga-moga Allah menjauhkan kita dari petualang dan pengkhianat negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...