Selasa, 12 Julai 2011

Mat Rempit Digalak Sertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM

View Image

KUALA TERENGGANU, 12 Julai (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalu-alukan golongan belia dan remaja khususnya mat rempit untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan TLDM (PSSTLDM).

Pegawai Pemerintah PSSTLDM Chendering, Kapten Profesor Madya Zainal Ashirin berkata inisiatif berkenaan bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk menyertai dan seterusnya berkhidmat secara sambilan dalam badan beruniform itu.
Katanya TLDM bersedia untuk melatih dan membimbing golongan itu menyertai PSSTLDM.

"Sekurang-kurangnya kita dapat membantu golongan belia yang tidak mempunyai kerja sekaligus dapat, membendung mereka daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

"Kita melihat golongan belia tidak menunjukkan minat untuk menyertai mana-mana badan beruniform dan lebih suka membuat perkara yang tidak berfaedah seperti merempit dan sebagainya.

"Dengan cara yang dilakukan ini kita dapat mendisiplin golongan remaja dan melatih serta memberi pendedahan asas ketenteraan," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.

Menurut beliau setakat ini PSSTLDM yang berpengkalan di Chendering mempunyai 400 pegawai dan anggota, sebahagian besar merupakan pelajar Universiti Malaysia Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...