Sabtu, 4 Jun 2011

RAMAI KAKITANGAN AWAM SOKONG PEMBANGKANG???

Gambar hiasan saja
Sebagai kakitangan kerajaan, aku mempunyai ramai kawan di kalangan penjawat awam. Semuanya memiliki pendirian politik masing-masing. Adalah tidak mengejutkan jika aku katakan bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak begitu berminat dengan BN. Mereka lebih cenderung untuk berpihak kepada pembangkang.

Amat mudah untuk mengetahui kecenderungan politik rakan-rakanku itu. Apabila diajak berbicara mengenai sesuatu isu, mereka kebiasaannya mudah melenting menyalahkan kerajaan jika isu tersebut dianggap salah di mata mereka. Tidak perlu ambil contoh jauh. Cukup saja berbual tentang bonus kakitangan awam. Rata-rata mereka akan memaki-hamun kerajaan jika kerajaan tidak memberi bonus dengan menuduh kerajaan itu dan ini.

Kerajaan beri bantuan khas sebanyak RM500 pun mereka tidak pernah bersyukur. Malahan mengeji lagi ada. Inikan pula kalau kerajaan langsung tidak memberi apa-apa bonus. Itulah sikap kakitangan awam yang tak tahu bersyukur.

Adakah mereka tidak berasa bersalah bekerja dengan kerajaan sedangkan dalam masa yang sama mereka menyokong pembangkang? Ibarat mereka menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan. Aku pernah bertanyakan soalan ini kepada seorang rakanku yg juga penjawat awam. Nak tahu apa jawapannya. Dia cakap gaji yg dia terima itu bukan duit kerajaan tapi adalah duit rakyat! Jadi buat apa dia mahu rasa bersalah. Benarkah begitu? Betulkah semua pendapatan negara berpunca daripada wang rakyat?

Di sini aku ingin bertanya kepada anda semua, apakah gaji yg diterima oleh seorang penjawat awam yg tidak menyokong kerajaan yang memerintah itu dikira halal? Aku tak mampu nak menjawab soalan ini. Harap pembaca yg ada pendapat bernas/faham hukum-hukum agama ini boleh berkongsi idea.

Satu lagi yang aku amat jelek dengan penjawat awam yg sokong pembangkang ini ialah mereka terlalu taksub dengan pemimpin pembangkang yg mereka kagumi, hinggakan tidak boleh menerima kritikan terhadap pemimpin tersebut. Contohnya semasa hangatnya isu video seks Anwar Ibrahim, semua penjilat pembangkang di kalangan penjawat awam ini tidak percaya/tidak mahu percaya bahawa pelaku dalam video seks itu adalah Anwar. Mereka mengatakan itu semua adalah konspirasi kerajaan. Padahal ada di kalangan mereka belum pun lagi menonton video itu.

Isu ini diperkukuhkan lagi apabila ramai rakyat di sebuah negeri pembangkang tegar (rasa-rasanya negeri apa ek?) telah diterima bekerja di sektor awam. Ini bukan satu tuduhan tidak berasas. Tapi ia berdasarkan pemerhatian yang telah lama aku buat dan juga pergaulan aku dengan ramai kakitangan awam. 

Ya, memang benar. Mereka ini menjadi majoriti di beberapa profesion dalam perkhidmatan awam. Macamana ini boleh berlaku? Kerajaan boleh tolong jawab tak. Sepatutnya kerajaan perlu memberi lebih peluang kepada rakyat dari negeri yg menjadi penyokong kuat BN. Ini supaya tidak menjadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil serius mengenai isu ini. Sesekali jenguk-jenguklah apa yang sedang berlaku di bawah ini. Jangan asyik berprasangka baik saja. Kakitangan kerajaan sepatutnya menyokong aspirasi kerajaan. Bukannya mensabotaj dasar-dasar kerajaan dengan tujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Itu adalah satu dosa besar.

Nasihat aku kepada penjawat awam, jika anda terlalu membenci kerajaan, lebih baik anda letak saja jawatan anda itu. Ramai lagi di luar sana yg faham makna syukur boleh menggantikan anda. Kalau nak berpolitik pun berpada-padalah. Ingat, kalau anda perasan anda bagus, sebenarnya ada ramai lagi yang lebih bagus dari anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...